Thursday, December 30, 2010

Orang Kata vs Padahal

Orang Kata:
Zaman sekolah tak payahla beriya2 bercinta.
Lebih baik belajar bersungguh2 nanti masuk U mesti ada boyfriend punya.
Mungkin jumpa jodoh di library, kolej, aktiviti kelab, dalam kuliah, kafe, takpun percintaan dengan pensyarah.
Hidup sebagai student uni memang best katanya bersama kengkawan.


Padahal:
Dah habis degree siap sambung pasca ijazah lagi ni takde pulak la berkenalan dalam perpustakaan macam iklan sunsilk ni.


Tak payah nak berangan percintaan macam filem Kuliah Cinta ke, Lagenda Budak Setan ke,
ataupun kehidupan bersuka ria macam drama Dunia Baru yg budak2nya enjoy sakan all the times macam takde keje langsung.

Kalau ada pun orang nk guna trick terlanggar saya sampai buku bersepah tu,
confirm orang tu kene maki siap cakap "buta ke? tak reti tengok jalan eh?".

Percintaan dengan pensyarah? Lagila takde harapan.
Lecturer yg ajar saya semuanya Professor Madya Dr A, Dr B, Tuan Haji C,
ko gila nak ngorat laki orang yang lebih tua dari abah anda?





SO HOW ?