Sihat?
Harap semuanya sihat sejahtera.
Minggu lepas, kita pergi summer school kat the Abdus Salam International Centre for Theoretical Physics di Trieste, Italy.
Dari Coimbra ke Trieste jenuh juga la.
Penerbangan dari Lisbon ke Venice dalam 4 jam.
Lepas tu kene ambil train pula Venice ke Trieste.
Kalau nak ambil direct flight ke Trieste memang out of budget. Mahal woo.
Sampai di stesen keretapi Trieste, memang berdoa pada Allah tolongla hantarkan bantuan nak ke ICTP.
Al maklum Trieste ni bukan bandar jadi orang tempatan dia kebanyakannya tak boleh berbahasa Inggeris.
Tengah jalan nak keluar dari stesen, ada mamat Italian ni senyum je tengok kita.
Kita yang berada di tempat asing ni cuak la jugak. Cuak sikit.
Tapi cuak tu jadi banyak bila dia datang berjalan menuju kita.
"Are you from Malaysia?"
Eh orang ni kenapa expert sangat. Selalu kat Portugal orang teka kita Indian.
Ni macam bapak ayam expert je. Ko nampak tak aku punya buruk sangka tu.
Tapi jangan gelabah. Pull yourself together dan kontrol macho macam tak cuak.
"Yes. How did you know that?"
Ceh berbaur mesra padahal dalam hati Tuhan je tau. Jangan la orang ni culik aku.
Turned out mamat tu pernah kerja kat Singapura dan banyak kali dah lepak Malaysia.
Dia tolong tanya2kan pada orang, tunjuk jalan naik bas yang mana, pastu siap dia teman tunggu bas tu.
Lagi best, siap bagi tiket bas lagi. Bila kita nak bayar dia tak mahu.
Alasan dia, masa kat Malaysia dulu dia senang sangat travel.
SO kepada rakyat Malaysia yang pernah tolong mamat ni, thank you so much.
Pasal korang punya budi bahasa budaya kita tu la, one of contributing factors mamat ni siap tangguh masuk kerja lambat tolong hantar iols sampai naik bas.
Tapi the major factor mamat tu tolong hawawi mesti la sebab pertolongan Allah kan.
Gitooh. Akidah kene bersih suci tulus murni.
getaran jiwa melanda hatiku sangat mengadap signboard ni dengan logo PBB atas tu haa.
feeling2 world class scientist kejap :PTerbaik sangat ICTP ni tau.
Di sini, memang dapat experience the real communication among scientists pasal memang setiap orang dari setiap pelusuk dunia lepak sini beb.
Silap haribulan bila borak dan mereka sebut negara mereka, ko nganga je satgi sebab tak pernah dengar nama negara orang lain tu. (aku le yg nganga tu).
Tujuan bermusafir adalah untuk menuntut ilmu bersempena dengan aktiviti The 5th Women in Mathematics Summer School of Mathematical Theories towards Environmental Models atau direct translation-nya dalam bahasa Melayu adalah Sekolah Musim Panas Teori Matematik berkaitan Model-model Alam Sekitar khas untuk Wanita kali ke 5.
Tu dia sejak2 jadi 'wanita' ni, asyik ditanya khabar tentang suami dan bayi. *Panahan petir*
Aktiviti ini dianjurkan oleh Persatuan Wanita dalam Matematik di Eropah dan juga pihak ICTP yang diketahui umum bahawa institusi ini wujudnya untuk membantu kemajuan dan pendidikan dalam bidang sains dan teknologi terutamaya kepada warga negara-negara membangun.
Jadi kebanyakan pelawat sains yg ada di institusi ini terdiri daripada rakyat Afrika, Amerika Latin, Eropah Timur, Timur Tengah dan Asia.
Kemudahan yang disediakan di institusi ni pun memang tip top la.
Kalau siapa yang dapat peluang melawat tempat ni, aku nak suggest korang personally request for Adriatico Guest House.
Kenapa?
Cantik kan view ni?
Nampak tak bangunan tinggi warna kuning kat belah kanan gambar ni?
Itu lah Adriatico Guest House.
Iols duduk guest house lain.
Hanya mampu menikmati view tempat ni tatkala menikmati lunch and dinner je.
Terus berazam nak datang sini lagi untuk lepak Adriatico Guest House pulak lain kali.
6 hari ber-summer school memang lembik habis.
Kelas dari 9 pagi sampai 6.30 petang.
Rehat hanya sejam setengah untuk lunch.
Subjek pulak memang sejujurnya kebanyakan terlalu advance untuk iols.
Tutorial pun soalan 1b dah sangkut nak jawab.
Memang terasa bebal gila la tau.
Tapi nasib baik ada kawan kita dari China nama Hongxia tolong bagi semangat buat lawak bagi hilang stress.
Comel gila siap bagi kita patung panda lagi sebagai hadiah persahabatan.
Too bad I didn't bring anything special from Malaysia.
Rasa kawan yg tak guna sangat takleh nak reply hadiah kawan.
Mencik *kais kaki kat pasir*.
I can say the acara kemuncak ialah round table session.
Bincang isu-isu berkaitan penglibatan wanita dalam arena matematik.
Kalau ikut rekod yang ada, ahli matematik wanita yang ada dalam bidang ni di benua Eropah adalah dalam lingkungan 3 hingga 42 peratus.
But most of the countries dalam belas2 peratus saja.
Malaysia ? Pehh tak ada special promotion pun dah sampai up to 60 %.
Kat UTM siap staf cuti belajar wanita (will be starting to serve the maths department within 3 years) sampai 82%.
Gila kan?
Wanita Eropah punya la struggling.
Dalam sesi ni juga, depa pair-kan setiap peserta dan randomly pick up them to come forward dan kongsikan apa yang mereka dah bincangkan secara pair.
Pair kita orang lelaki Itali.
Kami borak2 lebih melencong kepada soalan budaya.
Puncanya sebab dia hulur tangan nak salam, tapi kita tak mau pastu buat macam model iklan Malaysia Truly Asia tu.
Tunduk sambil tangan kanan letak kat dada kiri.
Dia pun bukak cerita eh eh awak ni macam isteri kawan Malaysian saya la.
Tak salam dengan orang. Where are you from?
Haha bila kita cakap kita pun dari Malaysia, dia macam ohh isteri orang Malaysia tak salam tangan lelaki lain.
Ya dia faham isteri orang Malaysia pasal tengah bincang2 dia tanya "Your husband said that?"
Tengah kitorang senyap je, dia pun dok conteng2 apa taktau dalam buku dia tu, host datang suruh kami ke depan share dengan orang apa yg kami dah bincang.
Gila cuak weh dah lama tak berinteraksi depan orang ramai.
Kita suruh je mamat Itali tu cakap dulu.
Dia highlight la pasal Muslim women kat Malaysia memang terlibat dengan aktif bla bla.
Yang tak boleh blah epic ending dia "That's what Muslim women do right?"
Sambil pandang, senyum kat kita dan hulurkan mikrofon.
GILA ! Audience senyum2 je dengan statement dia tu.
Iols rasa tak de la sebut2 pasal Islam itu Islam ini kat dia tadi.
Mana tah dia belajar epic ending tu.
Terasa sentap jugak la sebab eden ni biasa2 je. It's kinda too much nak address kita as muslim woman mathematician begitu. Mana la layak weh!
Terus rasa okay apa aku buat semuanya orang pandang Islam Islam Islam bukan individu bernama timangan wawi.
Lepas summer school berakhir, kita jalan-jalan dengan geng muda remaja ke downtown Trieste.
Esoknya pula gerak ke Venice beramai-ramai sebab yelah low-cost flight yang paling dekat adalah di Trieste.
Alhamdulillah ada seorang peserta dari Malaysia juga.
Dia pensyarah kat USM.
Memang baik, friendly and helpful gila.
Dia la plan trip, dia guide pusing2 Venice, dia jugak yg bagi kita tumpang solat kat bilik hotel dia walaupun dia bukan Muslim.
Siap bukakkan kompas untuk kita cari kiblat nak solat.
Kelass tak kelas kerjasama 1Malaysia di situ.
Siapa kata kaum non-Muslims semua jahat, you guys should try to travel alone and see what the real world can offer you.
Akhir kata, sebagai seorang ahli matematik Malaysia (insha Allah), kita berharap lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang boleh sertai aktiviti-aktiviti di ICTP.
Pasal duit jangan risau sebab most of the activities are sponsored by United Nation atau nama melayunya Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Dari tiket kapal terbang, keretapi, tempat tinggal, yuran semuanya ditanggung.
Bukan itu saja, kupon untuk makan dalam kampus pun diberi.
Siap bagi elaun sara hidup sehari 15 Euro lagi.
Hang nak apa lagi? Hang habaq mai.
Apa? Jodoh? Ohh itu payah sikit la mengikut pengalaman iols yang takde pula berjaya berjumpa jodoh di situ.
Okay untuk korang yang terlibat dengan dunia sains, tak kira la hang graduate students ke, post doc ke, staf akademik ke, staf bukan akademik ke, kerja di institusi penyelidikan ke, apa-apa yang berkaitan la, boleh cuba usha website the Abdus Salam International Centre for Theoretical Physics:
http:// www.ictp.it
dan tengok aktiviti-aktiviti yang disediakan.
Kalau berminat, boleh mohon online dan mana la tahu murah rezki terpilih dan ditaja ke sana.
Tuah ayam nampak kat kaki, tuah manusia siapa yg tahu. Ewahh main peribahasa pulak dia kan.
Sekian, Salam '1Malaysia Aku Datang' :D