Tuesday, June 15, 2010

payment, mari datang padaku. aku seru namamu!

ok. hari ini dah 15hb. dah tengah bulan bermakna poket semakin kering ye.
duit saki baki MARA aku pon semakin menyusut.
sebab realitinya duit tak boleh bertelur atau melahirkan anak.
kalau segitu je duit kau, guna la baik2 dengan berhemat.
aku dah buat yang terbaik hantar borang payment tu 20hb Mei yang lalu.
takkan la nak tulis cek pon sampai sebulan ?
agak2 la bai.
takkan nak tunggu aku panggil 'aduan rakyat' baru nak bayar.
aku sedang berjauh hati dengan kerani itu.
sampai rasa nak lari dari Malaysia.
lalu, aku terus meng-google universities in New Zealand.
kelik sana kelik sini, jumpa la orang yang aku berkenan nak ngorat.
lantas aku pon mengayat itu orang.
aku tau selalunya payah untuk mendapat balasan dari warga luar.

tetapi tanpa ku duga, beliau me-reply ON THE SPOT :O
terbaiklah pakcik Charles Semple!
santunnya beliau dengan me-reply:

Dear Nurul,

Thanks for your email. It's not clear to me that
I am the best person to supervise you...
If you enjoy using MATLAB etc and working in medicine,
then one of my colleagues would be a better person to approach.
For example, Dr Phil Wilson, Dr Mike Plank
or Dr Miguel Moyers-Gonzalez.

Best wishes,
Charles

Baiknye beliau.
Aku rasa kalau orang lain kompem dah tak reply pape kalau takde kena mengena dengan bidang dia. Ini siap bagi suggestion orang yg sepatutnya.
I love you the rice lah pakcik!
XOXO


p.s. mungkin tindakan lari dari Malaysia ni merugikan aku sebab nanti
kakak kerani terus buat2 lupa nak bayar gaji aku lantas terus tak bayar sampai bila2 :(

Monday, May 31, 2010

masa depan generasi muda

topik hari ni agak mematangkan yer.
saya sebagai generasi muda sangat tidak puas hati.
kenapa bila zaman kitorang, macam2 nak kene sekat?
kenapa bila ekonomi meleset,
sektor pendidikan yg jadi mangsa?
sangat tidak adil yer di situ.
dolu2 boleh pula.
sekarang ni macam2 terma dan syarat nye.
dah elok2 org berminat nak belajar, boleh jadi hilang minat der~
lepas tu, org tua2 asyik salahkan generasi muda sekarang konon2 tak bertamadun + sosial sangat.
bukan semua der.
habis yg semangat nak belajar research area baru macam saye ni pon anda tak perasan.
atau buat2 tak perasan?
jangan hengat anda terbaek lah kalau anda dah banyak usia konon2 banyak makan garam.
hampeh jek ekonomi sekarang sume harga barang melonjak tak turun.
bila mintak consider utk revise elaun bla bla, anda kata kami gile kemewahan.
oohhh... taktik kotor sangat.
anda org2 dewasa makan sedap2, kami ni makan ruji maggi jek.
konon2 adat la kan dolu2 anda ruji maggi, maka kami turut perlu merasa.
alamak bebeh, minded kelas apa ni?
korang masa muda dah sedap2 merasa harta kerajaan,
time kitorang ni nak sekat2 plak ye.
pemimpin dulu senang hati jek bagi generasi muda apa yg terbaek.
namun bile generasi mude itu kini menjadi generasi utama penggerak negara,
dia cantas beb generasi mude lain punye hasrat impian harapan.
sangat kejam la you all.
tak suka tak suka tak suka.
ingatlah dunia hanya sementara.
tolonglah jangan nak pentingkan diri utk jadi all-time the best!
anda fikir anda boleh hidup senang ke bila dah susahkan hidup orang?
mungkin entry ini berbaur emosi yg terlampau,
saya menyuarakan pendapat saya atas dasar hak asasi manusia dan kebebasan bersuara.
sekian terima kasih.

Wednesday, May 26, 2010

kegilaan terhadap inbox

dengan ketidakhadiran encik kompiden,
saye telah menghantar emel kepada seseorang utk mencari kebenaran serta kepastian.
mulanya berbalas, maka diteruskan aktiviti mencari kebenaran dan kepastian itu.
tapi kini tidak lagi :(
saye tidak tahu mengape dia masih tidak membalas.
setiap detik saye memandang inbox hotmail saye.
dengan penuh debaran setiap kali meng-sign in.
bile dah sign in tu respon mengecewakan,
saye refresh pulak banyak2 kali.
purata 5min sekali.
iye. saye memang kemarokkan balasan emel itu
seperti punggok rindukan bulan!

kepada yg berkenaan,
saye tahu anda tak akan pernah paham post ini sebab
anda bukan orang malaysia.
tapi saye harap anda tersedak2 di sana teringatkan emel saye yg awak tak balas lagi.
lalu sepantas kilat meluru ke perkakas elektronik yg berdekatan
untuk me-reply emel berpangkat hidup dan mati itu
dengan jawapan positif seperti yg saye inginkan.

saye dah tak sanggup menghidap penyakit refresh mailbox ini :(
harap encik PL dapat mengambil tindakan segera.

sekian,
pecah kaca pecah gelas, sudah bace harap balas.

yang benar,
nurul dari kg oren, malaysia.