Sunday, January 13, 2013

Solat: Beban atau tanda cinta?

Assalamualaikum kawan2.
Tudo bem ? (hamboi kelas ko jah tetibe nak cakap Portugis pulak haa).
Apa khabar semua?
Harap-harap semuanya dalam keadaan sihat. Baik fizikal, rohani, jasmani mahupun iman kita. Gitteeww.

Hidup di perantauan ni, macam-macam jenis orang kita jumpa.
Ada yang bila tahu kita orang Islam, mintak kita ajarkan masakan Arab.
Haih bila kita cakap kita pun taktau makanan apekebenda yang dia mintak ajar tu sebab kita bukan orang Arab, dia separa tak puas hati.
Kita explain la kita orang Islam, bukan orang Arab.
Pastu berlakulah pertukaran maklumat seperti orang Islam solat 5 waktu yang mereka anggap orang Islam ni takde kerja lain, sembahyang je sehari suntuk.
Bila mereka tahu kita puasa, tak makan dari pagi sampai menjelang malam, terus dia offer sebuku roti macam lagi 3 saat makanan tak masuk perut kau, confirm kau pitam masuk hospital sikit jam.
Macam-macam lagi la kerenah funneh bebudak sini.
Ada juga yang dikalangan Muslim mengadu "it's hard to practise Islam here" dengan alasan takde ruang solat, tak dengar azan menandakan masuknya waktu solat, tiada kedai makan halal dan tiada tanda halal pada makanan yang hendak dibeli.
Siap ada yang tanya kat eden telur ni halal tak? Alahai takkan la telur pun nak kene sembelih. Telur bukan haiwan pun. Kawe dok pehe laaa.
Nak gelak ada. Kesian pun ada.
Ada yang kata tiada tempat nak solat kat fakulti.
Yela depa orang Kristian, apakejadah dia nak membina masjid kat sini. Takde benefit untuk dia.
Solat kan boleh buat kat mana2 hatta bawah pokok sekali pun takde masalah.
Tak reti cari kiblat, memasing iPhone kemain canggih tu memang guna nak 'berendut' dengan si Siri tu ke?
Application kiblat tu kan ada. Dah tau hang tu tak reti nak tengok arah kiblat pakai kompas.
Pening kepala otak makcik nak melayan. Nak di-ignore, saudara kan.
Makcik cakap la apa susah, sembahyang jela belakang meja study memasing.
Kalau sibuk risau persepsi orang, semua kerja tak siap nanti.

Tetiba rasa macam nak share pula pasal solat.
Ada orang pandang solat ni beban, leceh, atau sebagai tanggungjawab.
Orang yang berpandangan sebegini kadang kala akan disekolahkan dengan fakta-fakta seperti
1. Untung weh 5 waktu je solat. Buatnya 50 waktu solat kita kena buat macam mula-mula yang disampaikan oleh Allah kepada our beloved Prophet Muhammad peace be upon him, tak ke sehari suntuk kita ni takde keje lain selain sembahyang je. Bersyukur la dude!
2. Kalau kau tak solat, apa beza kau dengan orang kafir? Tiada beza tau tak. Kau = Kafir laknatullah! Habis la kau dibaham api neraka Jahannam nanti. Mati pun esok mata terbeliak pasal malaikat Izrael ambil nyawa rentap je kalau dengan orang tak beriman ni. Minggu lepas ada budak kampung sebelah aku tu mayat dia tak boleh tanam, tanah tak terima, orang cakap masa hidup dulu arwah malas solat, sungguh weh cerita ni siap keluar Mastika lagi. Aib satu Malaysia tau. Malu malu malu.
3. Solat tu tanggungjawab. Tiang agama. Kalau tiang roboh, bangunan jadi apa? Haaa... pandai pun kau. Bangunan roboh la. Tu kau boleh fikir tadi tu pun nikmat Tuhan bagi pinjam kat kau. Aku baca petikan ayat Quran dalam majalah Z, orang yang tak berfikir ni lagi hina tau dari haiwan ternakan. Kau nak ke jadi sehina tu? Fikir la weh. Fikir. Lu fikirlah sendiri!
4. 5. 6. 7 ... infinity, etc.

Ladies and gentlemen, ukhti and akhi,
pada pandangan saya hamba yang hina ni,
bukankah lagi elok kita educate mereka yang merasa solat ni beban lagi melecehkan dengan approach kecintaan dan tanda terima kasih kepada Pencipta melalui solat.
Aku rasa it would be much better.
Bagi dia nampak keperluan solat tu.

Okay kengkawan, bila kau suka seseorang, adakah kau akan menjauhi diri dari orang tu atau mendekati orang tu?
Mesti kau usha line baik punya, rasa nak selalu dekat dengan dia.
Kalau boleh nak selalu keluar berjumpa bertemu dengan dia chit chat segala.
Tak dapat jumpa, Skype, Viber, Tango, Whatsapp, Line, BBM, GTalk atau stalk profile fb pun jadilah kan?
Menaburkan kata-kata manis-manis dan indah-indah dan puji-pujian bagi si dia kembang setaman.
Okay disclaimer keras di sini bukan aku nak samakan Allah dengan sifat manusia yang perlukan tanda atau bukti cinta pujian untuk nak berperasaan kembang setaman.
Siapa cakap camtu aku pijak kasut dia nanti. Bagi aku habis explain dulu.
Aku nak cakap kat sini, kalau kau mengaku kau cinta Allah, kau mengaku tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah alone, apa tandanya kau cintakan Allah?
Mana buktinya?
Kalau cinta kau pada makhluk yang Allah cipta pun, macam-macam kau buat kau usahakan nak tunjuk tanda cinta kau tu kat dia.
Dengan Allah yang menciptakan sekalian alam sekalian makhluk macam mana ?
Mesti la lagi UP kan manifestasi cinta kau. Katanyerrr...
"Takpe. Allah Maha Mengetahui. Allah tahu isi hati hambanya. Tak solat takpe Allah tahu isi hati cintaku padaNya". Kejap, kumpul kahak, ok dah cukup. Hak tuih !
Kejap... Ooohhh kau dengan aweks balaks reti pula nak lautan api sanggup ku renangi.
Dengan Tuhan kau berkira, sombong nak ruku', sujud, solat tanda cinta dan terima kasih.

Nak flash back sikit sirah (sejarah). Memang menjadi pengetahuan umum yang our beloved Prophet Muhammad peace be upon him telah dijanjikan syurga oleh Allah sewaktu hayatnya tapi Rasulullah tetap menunaikan sembahyang.
Nampak tak kat sini solat itu bukan semata-mata menyelamatkan kau dari dibaham neraka dan memasuki syurga.
Bila ditanyakan kepada baginda, kenapa solat lagi sedangkan dia dah dijanjikan syurga?
Rasulullah jawab, lebih kurang gini la ye bahasa sekarang "Is it wrong for me to show my signs of gratitude?"
Terciptanya kita, turunnya kita di dunia semuanya kerana Allah.
Kita baru nak dicipta pun Allah dah bagitau kat malaikat yang dia nak cipta khalifah kat bumi ni.
Siap suruh malaikat tunjukkan rasa hormat pada manusia.
Kita ni siapa? Apebenda kita buat sampai nak dapat pengiktirafan sebegitu?
Layak ke kita ni nak dapat nikmat banyak-banyak Allah bagi hanya pada manusia tidak pada makhluknya yang lain seperti ada duit sendiri boleh shopping barang canggih-canggih, boleh makan goreng pisang panas-panas yang enak tatkala hujan bersama cendol pulut ?
Kalau betul anda rasa bersyukur, tunjukkan la tanda syukur tu dengan mengingati Allah, menunaikan sembahyang, berbuat baik sesama makhluk dan macam-macam lagi perbuatan baik yang dianjurkan oleh Allah yang tertulis dalam the Glorious Al-Quran.

Haa cam ni la explain kat kawan tu kalau rasa terbeban dengan solat.
Ni balik-balik api neraka, balik-balik api neraka.
Allah tu kan Maha Pemurah, Maha Penyayang, Maha Adil pada semua makhluknya baik manusia, dolphin, polar bear mahupun dedaunan berguguran dahan nan kerapuhan bunga-bunga cinta eheh macam lagu misha omar je ni :P
Bukan suka-suka nak campak orang dalam api neraka.
Sebelum campak tu pun dihisab (dihitung) dulu amal-amal baik buruknya di sisi Allah.
Nampak tak kasih sayang Allah tu. Kau ada buat amal buruk pun jangan risau Allah timbang dulu amalan berat kat mana, kalau berat kat baik dapat masuk syurga.
Bukan pantang silap satu benda -pishooo (sound effect)- terus campak kau masuk jadi hell boy or hell girl.
Yang kita pi pandai-pandai highlight api neraka api neraka api neraka ni dah kenapa ?!

Dalam satu kacang-cangkerang, dirikanlah solat.
Sembahyanglah walau di mana pun kita berada, situasi apa pun takkan dapat menghalang bila kita betul-betul cinta dan bersyukur dan memang nak menzahirkan rasa cinta dan syukur tu.
Memang solat tu tiang agama (Islam). Tanpa tiang, robohlah bangunan itu.
Tetapi harus juga diingat, dengan hanya tiang yang tegak berdiri, orang takkan panggil benda tu bangunan.
Perlu juga membina atap, dinding. pintu, tingkap, tangga, pasang litar elektrik, pasang sistem perpaipan, dan sambungan sistem kumbahan. Banyak kerjakan kan nak buat bangunan ni kan?
Solat je tak cukup sebenarnya sebab baru tiang je siap.
Beramal baik lah kamu sebagai tanda cinta dan terima kasih pada Penciptamu. Gitteeww.
Sekian dua sen dari saya.
Sebagai mengakhiri proses bebelan wawiwo pada kali ini, kita enjoy (gaya Nora Danish cerita Puteri) vidiyo ni. Wassalam :)








Tuesday, December 11, 2012

Kek Batik mengajar erti kejayaan

Assalamualaikum kawan2.
Kabare? (apa khabar bahasa jawa)
Kita alhamdulillah sihat.
Kawan2 macam mana?
Kita kat sini hujung minggu lepas giat buat kek batik.

Malam Jumaat boring2 pergi la shopping biskut Mary, butter, susu sejat tu semua untuk buat kek batik.
Sampai hostel, terus lepak kat dapur.
Ceria menyanyi girang tatkala mematahkan biskut sekeping demi sekeping dengan kasih sayang selama sekilo biskut.
Yang lalu lalang dok tanya, buat apa tu wawi?
Nak masak apa tu wawi?
Biskut apa tu wawi?
Bila cakap nak buat kek, ada yang buat muka biar betul budak ni?
Ada yang muka hek eleh takat biskut murah, susu sejat murah, butter murah, coklat murah, telur 2 biji ni masak-masak boleh sedap mana je?
Tapi takpa, kita teruskan juga.

Masak punya masak, dah siap.
Kita pun tuang ke acuan. Dapat 2 trays.
Kita simpan di freezer awam kat dapur hostel.
The next day, masa kita potong-potong kek tu, kita bagi la kawan-kawan yang memandang enteng bahan-bahan kek batik semalam.
Yang sorang tu cakap "Wow. It does taste like a cake. Really tasty." Siap bulat biji mata dia hokeeeyy.
Yang sorang pula, tak nampak semalam masa kita masak tu. Dia tanya "Where did you buy this? I love it."
Yang lagi sorang pula siap cerita kat room mate kita "You know when I saw her with the biscuits and egg and butter, and she told me she's going to make a cake, I just ignore her. It's all cheap things. But when I taste the cake, I was so surprised it can be that much tasty. And I love it. I just can't believe she made it from all those things I'd seen."

Ok point penting di sini bukanlah betapa sedap kek batik eden,
tapi nak share pengajaran: kek batik ni umpama satu kejayaan.
Kau kena kutuk macam mana pun, kau teruskan usaha.
Biarlah bahan-bahan yang kau guna tu murah ke, apa ke, setakat ini je ke.
Pedulikan apa diorang kata.
Sebab hanya kau yang tahu betapa sedap kek batik tu nanti.
Mungkin lepas kau dah tungkus lumus berusaha (memasak), rasa dah sedap cuma masih tak presentable lagi apa kau buat.
Mungkin hasil yang kau buat tu, memang kena simpan dalam freezer dulu baru cantik, physical jitu dan presentable lalu boleh dimakan.
Dah boleh makan tu, bagi la kengkawan merasa kek batik kau yang enak tu.
Bukan untuk menunjuk, tapi biar dia juga dapat merasa sedapnya kek batik itu.
Kejayaan bukan untuk dijadikan kebanggaan, tapi untuk dikongsi dan dinikmati bersama :)




                     Saya sepotong kek batik

Saturday, November 3, 2012

Aidil Adha di bumi Dublin


Assalamualaikum kengkawan :) (senyuman pipi pau sambal)
Jangan risau, aku sihat walafiat kat sini.
Kalau pening2 pun dah ada room mate tanya khabar hari2 dah baik batuk ke belum.
Room mate kite orang Morocco.
Jenuh weh nak kene speaking hari2.
Kadang2 kami borak bersama google translate terhidang di laptop memasing.
Bila tak dapat vocab, abe google tolong jawabkan :P

Alhamdulillah minggu lepas diberi rezki merayakan Aidil Adha di Dublin.
Gagah je travel sengsorang kan dari Coimbra ke Lisbon then ke Dublin.
Jangan risau, jangan panick. Sengsorang tu dengan restu mama kite dan izin Allah.
Tidur semalaman kat hotel murah di Lisbon, 29 euro je weh.
Ok siapa convert ke ringgit memang nak kene pijak selipar jamban dia.



Ni la bilik 29 euro sahaja tu. luas je. kalau ada anak kecik sorang pun boleh lagi tu.
Puas weh berguling. Guling, guling jugak kan. Bende murah kene share dengan orang.
Nama tempat ni Hotel do Chile. Dalam 10 minit perjalanan dari airport.
Perjalanan teksi ye adik2 bukan berjalan kaki.

First time naik Aer Lingus.
Mula2 cam curiga nak naik airline ni. Sebab tak pernah dengar nama dia.
Tapi dah airline ni je yang tinggal untuk direct flight Lisbon - Dublin.
Yang lain nak kene menyinggah London la, apa la.
Kalau jalan2 suka2 nak la singgah2. Ni nak beraidil adha kot.
Harus fokus di situ.

Sampai2 je Dublin, pegawai imigresen tanya, jumpa family ke jumpa kawan?
Kite terus tersentuh mood raya kan. Bukan boleh orang tanya family2 ni.
Ada kang drama raya tv3 live 'ditayang' kat officer tu. Air mata berjurai2 cam Wan Maimunah.
Ececece kontrol macho sikit. Aku tak macam tu la.
Cakap kat officer datang nak jumpa kawan2, family jauh sangat kat Malaysia dengan wajah macho tahan nangis mata dah ada air2 sikit masuk habuk barangkali :P

Seronok sangat2 Aidil Adha kali ni.
Jumpa orang2 Dublin yg Muslim dok ucap "Eid Mubarak".


Tengok muka tu kemain berseri menyambut lebaran dengan tudung dan baju pinjam.
Masjid ni comel weh sejarahnya.
Dulu ianya sebuah gereja. (amboi ayat karangan kertas penulisan bahasa malaysia UPSR).
Then, muslim community kat bandar ni beli gereja tu dan ditukarkan menjadi masjid.
Kalau tengok dari jauh, comel je ada bulan sabit secoet kat atas bumbung dia.

Tak sangka ramai sungguh orang Islam kat sini.
Dia punya seronok tak payah cakap la kan.
Siap masa baru2 balik dari Dublin, orang2 kat Coimbra ingat kita baru balik dari Malaysia :D
Yela kat Coimbra ni sikit punye susah nak jumpe orang Islam.
Kalau jalan kat shopping complex tu, asyik kene tenung je.
Naik bas pun aritu ada makcik tu alihkan anak dia dari sebelah kita.
Sentap gegirl tau. Gegirl senyum2 je kat anak dia.
Takpe2. Bukan salah diorang pun. Dah pemikiran diorang dibasuh oleh info2 yang salah.
Acik tu pun cuma nak protect anak dia je. Siapa tak sayang anak ooiii (ayat macam dah ada anak 4,5 orang je kan).

Apapun, terima kasih la banyak2 kat kawan kita Nurul Ain Ibrahim (kepala ni :P) and the gang.
Sudi bagi menumpang kasih beraya di Dublin.
Thanks to Yana sudi menunggu kat airport sesejuk petang tu, Aisha and Che Ain yang sudi teman shopping jenjalan kat Dublin yang angin dia sejuk bukan main kan.
Alamak jenuh ni nak kene mention nama sengsorang.
Okay terima kasih kepada semua kawan2 baru students Medic Dublin tak kira la UCD ke, RC ke, Trinity ke, korang semua memang best lagi terbaik!
Open houses semua sedap2 lauk pauk.
Moga bertemu dan berpisahnya kita ni Lillahi Ta'ala.
Jazakillahu khairan kawan2 sume.
Senang2 datang la Portugal pula ye.
Boleh makan Pastel de Nata banyak2 :P
Kalau ada lagi program2 best tu ajak2 la kita kat sini ye.
Nak join nak join nak join!
Semoga bertemu lagi insha Allah :)