Monday, May 31, 2010

masa depan generasi muda

topik hari ni agak mematangkan yer.
saya sebagai generasi muda sangat tidak puas hati.
kenapa bila zaman kitorang, macam2 nak kene sekat?
kenapa bila ekonomi meleset,
sektor pendidikan yg jadi mangsa?
sangat tidak adil yer di situ.
dolu2 boleh pula.
sekarang ni macam2 terma dan syarat nye.
dah elok2 org berminat nak belajar, boleh jadi hilang minat der~
lepas tu, org tua2 asyik salahkan generasi muda sekarang konon2 tak bertamadun + sosial sangat.
bukan semua der.
habis yg semangat nak belajar research area baru macam saye ni pon anda tak perasan.
atau buat2 tak perasan?
jangan hengat anda terbaek lah kalau anda dah banyak usia konon2 banyak makan garam.
hampeh jek ekonomi sekarang sume harga barang melonjak tak turun.
bila mintak consider utk revise elaun bla bla, anda kata kami gile kemewahan.
oohhh... taktik kotor sangat.
anda org2 dewasa makan sedap2, kami ni makan ruji maggi jek.
konon2 adat la kan dolu2 anda ruji maggi, maka kami turut perlu merasa.
alamak bebeh, minded kelas apa ni?
korang masa muda dah sedap2 merasa harta kerajaan,
time kitorang ni nak sekat2 plak ye.
pemimpin dulu senang hati jek bagi generasi muda apa yg terbaek.
namun bile generasi mude itu kini menjadi generasi utama penggerak negara,
dia cantas beb generasi mude lain punye hasrat impian harapan.
sangat kejam la you all.
tak suka tak suka tak suka.
ingatlah dunia hanya sementara.
tolonglah jangan nak pentingkan diri utk jadi all-time the best!
anda fikir anda boleh hidup senang ke bila dah susahkan hidup orang?
mungkin entry ini berbaur emosi yg terlampau,
saya menyuarakan pendapat saya atas dasar hak asasi manusia dan kebebasan bersuara.
sekian terima kasih.

Wednesday, May 26, 2010

kegilaan terhadap inbox

dengan ketidakhadiran encik kompiden,
saye telah menghantar emel kepada seseorang utk mencari kebenaran serta kepastian.
mulanya berbalas, maka diteruskan aktiviti mencari kebenaran dan kepastian itu.
tapi kini tidak lagi :(
saye tidak tahu mengape dia masih tidak membalas.
setiap detik saye memandang inbox hotmail saye.
dengan penuh debaran setiap kali meng-sign in.
bile dah sign in tu respon mengecewakan,
saye refresh pulak banyak2 kali.
purata 5min sekali.
iye. saye memang kemarokkan balasan emel itu
seperti punggok rindukan bulan!

kepada yg berkenaan,
saye tahu anda tak akan pernah paham post ini sebab
anda bukan orang malaysia.
tapi saye harap anda tersedak2 di sana teringatkan emel saye yg awak tak balas lagi.
lalu sepantas kilat meluru ke perkakas elektronik yg berdekatan
untuk me-reply emel berpangkat hidup dan mati itu
dengan jawapan positif seperti yg saye inginkan.

saye dah tak sanggup menghidap penyakit refresh mailbox ini :(
harap encik PL dapat mengambil tindakan segera.

sekian,
pecah kaca pecah gelas, sudah bace harap balas.

yang benar,
nurul dari kg oren, malaysia.

Thursday, February 11, 2010

pengalaman cam best gi intebiu

nak cerita siket pasal intebiu yg aq pegi aritu...
kt 1 institusi pendidikan neh...
seriously aq pilih tempat neh sebab aq taw aq nak tlg bangse aq...
memang aq minat la keje ni...
tapi bila sampai, hurmm~
aq rase kalau keje kat situ 2,3 tahun,
aq pon boleh jadi LEMAU...
ok, pendekkan bebelan...

~semasa sesi temuduga~
1. penemuduga sangap besar2 (jam baru pukul 8.30 pg+aq lah interviewee pertame).
2. penemuduga berbual dgn org luar bilik ketika aq sdg memberikan keterangan.
(komen aq: ko pikir aq cakap dgn tunggul ke??ko bley plak bebual ngan org uh.
kompem x dengar ape aq ckap kan??klu ank murid aq, kompem aq da baling duster)
3. pertikaian umur(dah kenape??bley jadik isu ke??)
4. bertanya "do i need to answer this question?" kepada aq yg cume memberikan sedikit problem to be solved as an example + telah bertanye elok2 "could you please guide me to solve this?".
(aq taw ko x reti jawab kan sebenarnye??malu kan x reti jawab??aq taw mmg sokln tu x bley solve cara calculus.aq saje nak provoke bg tunjuk kegunaan method uh.
tapi x perlu lah nak buat muke "aq interviewer, kau interviewee" kt aq kan.aq tanye elok2 hape.keputusannye, aq jwb sdrik sokln tuh.)
5. mempertikaikan 'boleh ke buat degree teros?' (xkan la aq memandai2 buat program sendirik kt utm neh.mesti r boleh.ramai jek kot.)
6. soalan "awak yakin ke boleh habis sem ni?" (mulot longkang??nak aq extend ke??tanye elok siket soklan xley ke seperti "sem ni awk dah nak habislah ye?")
7. mempertikaikan keputusan aq memilih+menyokong pendidikan asia (aq taw ko mesti US or UK graduate kan??ko nak BANGGA sgt dgn US,UK ko uh.kemarok!ko pegi tu duit org mesia jugak heh.ko keje pon kt mesia.ade US,UK ko tu bagi keje kat ko??xde kan.
berpijaklah di bumi yang nyata wahai interviewer yg suppose to be professional n educated.please act like one.)
8. boleh ke awak mengajar student di ~tut~ yg x pandai? (ini mmg ayt jahat.mmg bukan aq reka.tergamak kate studen sendiri x pandai?ape ni?kesian la aq rse.kalau dah org yg menghasilkan graduan mesia pon kate camtu, mcam mane org asek x henti mengutok universiti kat mesia ni xde kualiti?sedih aq sebagai graduan mesia.apela naseb badan)

~kini (setelah tamat intebiu dan kembali ke johor)~
walaupon intebiu itu telah berjaye menukar persepsi aq,
namun aq tetap ingin bekerja di situ.
mengapa??
sebab bila difikirkan berjota2 kali,
aq rase aq perlu berada di situ.
mungkin aq muda, tapi aq taw ape yg aq patot buat.
iaitu berkhidmat utk masyarakat dan bangsa tercinta dgn cara yg betul.
dengan seikhlas hati, semurni kasih suci.
bukan menyalahkan studen yg kurang pandai atau working environmen yg
kompem2 bakal x menyenangkan aq.
klu x pandai, xdenye budak tu masuk U.
aq akan berusaha meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara.
justeru itu, moga Allah kabulkan permintaan aq.
semoga aq dapat apa yg dicitakan ni.
bukan utk menuding jari membetulkan mana yg salah (that's not d solution),
tapi bekerja dgn seikhlas + sepenuh hati.
sebab aq taw kerja tu pon ibadat n tanggungjawab.
kene buat dgn betul. bukan maen cincai hujung bulan cucuk gaji.

moral dari pengalaman ini:
jgn sangap bsepah dan sentiasa bekerja bersungguh2.
bertindak secara bijak dan profesional (tingkah laku+percakapan).
kesedaran patriotik perlu ada (jgn asyik membanggakan negara lain).