Friday, November 26, 2010

Ibu tunggul muda

Sempena cuti seminggu kerana raya haji yang lepas,
saya telah bertukar menjadi ibu tunggul muda kepada bubu.


(Bubu merupakan adik kecil saya yang berusia 6 tahun).

Merasa sangat kekok untuk berborak2 dengan ibu2 yang turut berada di tempat kejadian.
Maka untuk meredakan kebosanan mendengar ucapan perasmi yang sibuk mengatakan "Saya sebenarnya tak sihat sangat hari ni. Tapi disebabkan ada majlis ni, terpaksalah saya datang merasmikan.".
Annoying tau tak!
Takde siapa lah tanya khabar ko sehat ke tak?
Kalau dah tak sehat tu, tak payahla datang majlis bersama wabak penyakit ~
OK kembali ke cerita asal.
Saya pun mempotret la anak saya itu.


Ibu muda memang sporting terhadap percintaan anak2 tabika


Maaf buk wawi enggak sanggup menjadikan menantu sudah setelah melihat foto ini~


Sila interpretasikan situasi ini.


Oh ini ibu muda tunggul yang terlampau dan melampau !

Sabtu yang lepas telah menemani anak ke sekolah kerana ada Ujian Saringan Tahun 1 2011.
Gila lah sekolah kau wahai anakku.
Nak masuk sekolah anda kena ambil exam.
Bajet elit + diva betul sekolah engkau tu.
Nasib baik tak kena ambil paper kendiri 100 soalan macam nak masuk MRSM tu.
Nak tambah diva lagi, ibubapa dijemput ke foyer untuk dengar ceramah kurikulum sekolah selama 2 JAM.
Tak pasal2 kakak budak aka ibu tunggul muda kena dengar ceramah juga T.T

Antara isi ceramah yg dapat diserap dan penting ialah:
  1. Mulai 2016, siapa tak lulus UPSR tak boleh meneruskan pengajian di peringkat Tingkatan 1. Bubu, kau harus lulus kalau tak ibu tunggul akan potong elaun aiskrim dan mainan.

  2. Bagi anak-anak yang hingga Ujian Pelarasan Ketiga tetap tak lulus juga peperiksaan, mereka akan dimasukkan ke program literasi+numerasi (kelas spesial untuk para losers) dan perlu menghadiri kelas tambahan. Jap, darjah 1 dah ada kelas tambahan! Gila apa? Saya juga bengap masa sekolah rendah, tapi takdelah sampai belajar lebih masa. Childhood cuma sekali. Dan pasal ada kelas spesial untuk para losers, sangat tak 1 Malaysia idea itu OK. Apa salahnya kalau budak tu late-bloomers, masing2 berbeza potensi diri. Ini pandai2 nak 'island' kan budak2 tu pula. Masih ada lagi pemikiran macam ni dalam kalangan pendidik? Ingatkan bila semua guru dah ada ijazah, makin maju sistem pendidikan kita. Ini dah macam ada sistem kasta pulak gamaknya.

  3. Sila labelkan segala barang anak anda. Dicurigai akan ada salah faham seperti tertukar kasut, kecurian pensel atau pemadam. Bab kasut tak perlu risau kerana bubu paling besar dan kakinya paling panjang, tentu sahaja tiada yang ingin memakai kasut gedabak kaki gajah beliau. Hahahahaha.

  4. 2 minggu pertama tak perlu bawa beg besar gedabak ke sekolah kerana murid2 hanya melalui minggu transisi iaitu bermain bersuka ria untuk menyesuaikan diri mereka dengan waktu persekolahan yang lebih panjang dari waktu di tabika. Saya akan isikan mainan Jutaria dalam beg bubu supaya beliau tidak kebosanan. Boleh belajar mengira duit kertas juga. Mungkin juga membantu menyelamatkan beliau dari terjebak dengan gejala kurikulum gila suruh budak darjah 1 pergi kelas tambahan.

Terdapat satu isi yang diserap tapi bagi saya tak berapa nak penting.
Mesti ajar anak ingat nama sebenar ibu dan bapa.
Bukan Mama, Abah, Mami, Ummi, Papa, Papi, atau sebagainya.
Yang paling tak boleh blah,
digalakkan ibubapa untuk berbahasa baku di rumah bersama anak2.
Lagilah mengarut. Katanya supaya anak2 tidak keliru ketika mengeja.
Kau keliru ke bubu?

Friday, November 12, 2010

Kelebihan menyambung pengajian di dalam negara

Salam sejahtera ke atas semua.
Pada keluaran kali ini kita akan membincangkan kebaikan menyambung pengajian di dalam negara.
Tiada niat langsung untuk memboikot British Council atau IDP Australia atau segala ejen pendidikan luar ye.
Tidak pula berhasrat memenangkan UPU MOHE.
Saya berada di atas pagar sekarang.

Setelah melakukan kajian melalui publish paper dan thesis berkaitan pendidikan tinggi di Malaysia,
(Saya juga tidak tahu mengapa tiba2 rajin baca artikel sebegini sedangkan artikel fluid mechanics yang bergunung untuk research sendiri punye la liat nak membacanye T.T)
terdapat beberapa faktor yang dikatakan mengapa mereka tidak memilih untuk menyambung pengajian dalam negara.
Antaranya ialah:
  • Tidak ditawarkan kursus pengajian yang ditawarkan dan kursus yang berjaya ditawarkan kepada mereka di IPTA pula adalah yang tak diHINGINi. OK alasan ini boleh diterima.
  • Kelulusan Malaysia tak 'world' katanya. Kalau anda pergi oversea tu masuk Harvard ke MIT ke Cambridge ke dan sekufu dengannya faham la napa ko nak cite pasal world sangat. Tapi kalau setakat masuk University of Kansas / Tennessee tak pun Dublin Institute of Technology, baik kau masuk UTM je.Duhh~
  • Ingin pengalaman dunia luar. Nak tengok negara orang. Kalau setakat nak jalan2 makan angin belajar kat Malaysia pun boleh. Buat kertas kerja untuk Global Outreach Programme, cuti sem boleh jalan2 luar negara. Tak pun belajar pandai2 nanti masuk pertandingan beriya2 sampai jadi wakil Malaysia. Alasan kulapuk lah!
  • Susur galur keluarga saya semuanya belajar obersi. Saya mesti pilih! bab2 keturunan ni saya tak berani la nak sentuh. tapi tak salah jika kita lakukan suatu kelainan dalam keluarga. kalau nak belajar maths, kat Malaysia pon 1+1=2. anda pilih anda dapat!
  • dan lain2

Baiklah, mari kita teruskan diskusi ini dengan mengkaji beberapa kelebihan menyambung pengajian di dalam negara. Berikut adalah pada pandangan saya:
  1. Terdedah dengan dunia pendidikan dan penyelidikan semasa tempatan.

    Tahukah anda jika anda menghadiri universiti tempatan, anda akan disajikan dengan subjek2 seperti Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), Globalisasi dan Isu-isu Semasa dan lain2 (sememangnya bukan seronok sangat pun belajar subjek cenggini dan selalunya benda camni la bagi rosak pointer orang. Tapi saya suka perosak pointer saya ini kerana mendedahkan saya dengan pengetahuan am yang bagi saya perlu diketahui oleh semua orang yang berada di muka bumi ini tidak terkecuali bayi yang baru lahir mahupun manusia tertua di dunia yang mungkin buta huruf).

    Bagi golongan yang berminat untuk menceburi industri yang melibatkan penyelidikan di Malaysia, sangat perlu untuk anda tahu dimanakah tahap penyelidikan di Malaysia demi memperbaiki dan menaikkan taraf penyelidikan di Malaysia. Kiranya anda survey la bidang yang mana 'tompang' lagi tu. Maka tiadalah pembaziran masa dan tenaga buat benda yang dah ada kan?

  2. Lebih bergaul dengan seluruh rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan negeri

    Ini adalah pengalaman bermakna sebagai rakyat Malaysia. Macam saya (contoh nak diri sendiri kan (-__-') ), tinggal di kampus bersama2 kaum lain. Maka merasalah anda hidup harmoni berkongsi toilet dan bilik mandi dengan segenap rakyat Malaysia. Ada yang cebok, ada yang tak cebok. Ada yang berak tak cebok tapi prihatin orang lain berak cebok dan tidak meninggalkan sisa2 pepejal mereka begitu saja lantas meng-flush mangkuk jamban yang digunakan. Dan paling menyampah golongan tak bertanggungjawab mentang2 tak cebok bontot, mangkuk jamban pon dia tak mahu cebokkan. Ini adalah salah satu stres yang dialami oleh saya ketika ini T.T

  3. Jimat kos

    Sekurang2nya adalah juga PTPTipu ehh bukan PTPTN menghulurkan bantuan pinjaman kan? Ringan la sikit beban mak abah anda. Kalau pergi belajar nun jauh di Europe tu pakai duit mak abah, siannya lah mak abah anda membanting tulang nak pastikan mampu bayar pengajian anda. Lainlah kalau abah anda Tan Sri A ke, Dato Seri B ke, Datuk C ke, bolehla sesuka hati anda sebagai anak abah berperlakuan sebegitu. Kalau yang dapat scholarship dari MARA, JPA atau organizing institution, lagilah dipersilakan ke luar negara. Lantak lah orang nak salahkan anda pakai duit cukai bersuka ria sedangkan harga minyak di Malaysia menaik, dorang tu jeles je dengan anda :)

  4. Banyak cuti = kurang kuliah

    Disebabkan Malaysia ni terdiri daripada pelbagai kaum dan mengandungi pelbagai budaya, maka kita juga banyak cuti am. Hahhh syurga betul kurang kelas. Waktu cuti bisa karaoke ataupun bermain dance mat tak pun menonton HP 7.paling kurang pun boleh balik rumah bermain guling2 bersama adik anda.

Banyak lagi isi2 minor seperti dapat makan jamuan free setiap kali politician datang bagi ceramah ke hape, dapat beraya sakan tak kira dari aidilfitri, aidiladha, deepavali, chinese new year, thaipusam, moon cake festival, maulidur rasul, awal muharram, nuzul quran, isra' dan mi'raj, wesak day, hari gawai, hari Malaysia, hari merdeka, tahun baru, hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong, hari keputeraan sultan negeri, hari pekerja, hari guru, hari ibu, hari bapa, hari jadi kengkawan, hari pertama bayi dilahirkan dalam keluarga terdekat anda, juga tak dilupakan hari2 reunion dan hari2 tertentu yang ada Jom Heboh :P

Sekian saja untuk kali ini. Harap maklum.

Thursday, October 28, 2010

Mama abah, wawi sayang kamu.

Semalam disebabkan pelajar tak datang kelas,
saya terpaksa melencong ke cinema yang terletak jauhnya 30 langkah kaki dari pusat tuisyen.
Untuk merasakan diri tak membazir duit minyak,
maka menujulah saya ke MBO dan memilih untuk menonton cerita The Perfect Wedding.


Oh cerita ini memang realistik isu2 yang ditimbulkan seperti:
  • Mak yang tak bagi kita bercinta masa muda.
  • Wanita bekerjaya yang takde perasaan kerah orang bawahan kerja keras2an.
  • Percintaan antara lelaki muda baru nak bina kerjaya dengan wanita yg cemerlang, gemilang, terbilang dalam kariernya.
Sentap seketika bila ada dialog dari si ibu yang mengatakan
"Saya tak bagi dia bercinta kerana saya takut hatinya disakiti.".
Sekarang saya faham kenapa mama dan abah saya tak bagi saya bercinta masa sekolah dulu.
Mereka takut saya dianiaya dan yes at that time memang saya terpedaya cinta monyet lelaki yg sebenarnya sudah ada teman wanita dan mempunyai status "In a Relationship with" teman wanita dia dari zaman sekolah itu dulu di facebook profilenya pada zaman sekarang.
Ya, dia menambah saya dalam facebook pada masa kini dan saya tak faham apa motif dia.
Tengok muka dia (monyet lelaki) pon rasa nak tumbuk kot.
Memang betul sampai sekarang sakit lagi.
But don't worry, I've learned my lesson :)

Pasal wanita berkerjaya tu kan~
Kesian sebenarnya.
Orang tak tahu pon kenapa dia jadi hati batu macam tu.
Kalau pengantin lelaki tak datang2 masa majlis perkahwinan anda,
adakah anda pasti emosi anda boleh kembali pulih seperti biasa?
Anda pasti lepas tu anda tak akan rasa asyik nak menengking orang je?
Pasti??
Mungkin dia jadi andartu sebab jodoh dia muda lagi.
It's about timing bebeh.
Ingat senang ke nak deal dengan perasaan orang yg anda cintai dan propose anda untuk berkahwin tup tup tukang cadang tu yang tak datang.
Macam gampang jek kan~

Kepada abah dan mama,
saya tahu saya memang seorang anak yang degil dan garang.
(Abah pernah kata jangan garang sangat nanti takde orang nak kawen T.T)
Tapi jauh dalam sudut hati saya,
saya sentiasa ingin bahagiakan mama dan abah.
Cuma buat masa sekarang kekangan waktu dan komitmen saya tertumpu lebih kepada research.
Walaupun mama dan abah hantar saya untuk tinggal berasingan dari keluarga di asrama sejak saya berusia 13 tahun, dan sekarang dah 8 consecutive years saya menetap sebegini, dalam hati saya tetap sayang mama dan abah kerana saya tahu inilah yang terbaik untuk saya.
Terima kasih kerana selalu mengekang saya dari segala perkara2 negatif.
I love mama and abah.
You guys ROCK!!