Friday, February 25, 2011

Research Mission I

Setelah hampir setahun menyambung pengajian,
akhirnya datang semangat membara mempertahankan research sendiri.
AKHIRNYA!

kehidupan sedang menghala ke
Unsteady mixed convection boundary layer from a circular cylinder in a micropolar fluid with internal heat generation.
Target adalah untuk menyertai UMTAS 2011 : International Conference on Mathematics Julai ni.
Harap2 dapat siapkan paper dalam masa terdekat ni.
Doakan ye kawan2 :)


Saturday, February 19, 2011

Fakta yg mampu meremangkan bulu roma

Salam all.
Tadi kan kita kan, pergi la jogging kan.
Pastu kan, kite nampak fakta ni kat sini.
Seram seh.

"KUALA LUMPUR: Kebanyakan rakyat negara ini hilang dara atau teruna menjelang usia 22 tahun, sebelum kebanyakan mereka melangkah ke gerbang perkahwinan. “Secara keseluruhan, kebanyakan rakyat Malaysia mengadakan hubungan seks sebelum kahwin,” kata Profesor Madya Dr Lekhraj Rampal dari Universiti Putra Malaysia, yang tahun lepas mengetuai satu kajian risiko perlakuan yang boleh membawa kepada jangkitan HIV. Kajian itu mendapati 75 peratus atau 14,121 daripada 18,805 responden yang ditemui adalah aktif seks, di samping menunjukkan 8.4 peratus pernah mengadakan hubungan seks ketika berusia 15 tahun.Bagi mereka yang berusia 16 hingga 18 tahun, 34 peratus mengaku mempunyai pengalaman seks. “Apa yang dapat dikatakan, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mahu membicangkan pengalaman seksual mereka, walaupun masyarakat sudah agak terbuka berhubung perkara ini,” katanya.Kajian itu turut mendedahkan bahawa 22 peratus responden mendapatkan perkhidmatan seks daripada aktiviti pelacuran atau gemar bertukar pasangan yang meliputi tidur semalaman, sepanjang tempoh 12 bulan kajian berkenaan. (Berita Minggu 31 Julai 2005)"


Sebagai bakal parents generasi akan datang,
ayuh kita brainstorm apakah cara2 yg boleh kita usahakan supaya anak2 kita kelak tak termasuk dalam golongan statistik kat atas nih.
Simpaaaaaaaaaaaaaaang ~

Friday, January 14, 2011

Bagaimana saya dilatih sewaktu kecil: pelat R

Ingat lagi masa kecik dulu, saya pelat R.
Setiap kali sebut R akan berbunyik 'agh'.
Kalau mengaji pula, huruf 'ro' jadi 'gho'.
Abah train saya hari2 sebut R dengan betul dari kecik.
HARI-HARI.

Bertahun la jugak kan belajar sebut R dengan betul.
Pernah satu hari saya cakap kat abah macam takkan berjaya je nak dapat sebut R dengan betul macam orang lain.
Abah marah.
Katanya, kamu mesti berlatih. Mesti boleh.
Kalau tak, kamu mengaji nanti makhraj tak tepat.

Okay fine.
Layan jela abah kan dok sebut lah R sejam setiap hari.

Satu hari tu practise macam biasa.
Sebutla agh, agh, agh, agh, agh , R.

Gulp!
Macam saya tersebut R yang betul je tadi.
Sebut lagi lah kan.

R.
R.
R.

Akhirnya dapat juga sebut R !
Cuba 'ro' pulak lah.
RO. RO. RO.

Saya nampak abah senyum je.
Terus dia sambung tengok tv membiarkan saya yang jakun sebut R dan RO.

Kalau tak dipaksa, agaknya sampai sekarang lah pelat R.