hari ini saya akan berkongsi dengan adik-adik
bagaimanakah untuk mengharungi study week.
Saya tahu adik-adik pasti mahukan yang terbaik untuk masa hadapan.
1. Persekitaran Belajar yang Kemas
Kita mulakan dengan mengemas bilik.
Kalau bilik kemas, barulah tak serabut kepala otak.
Kan kan kan?
Kumpulkan kesemua patung ultraman anda
dan susun cantik2 seperti di atas.
Adalah penting untuk meletakkan ultraman
secara banyak atas meja belajar anda kerana
ultraman mempunyai 'power'
dan anda memerlukan power yg banyan ketika belajar.
Penggunaan lampu belajar ultraman pink juga digalakkan kerana ultraman pink yg comel itu mampu membuatkan perasaan anda membuak2 untuk menggunakannya atas tujuan stay up.
2. Sediakan semua alat tulis dengan lengkap
Seterusnya, sebelum mulakan sesi mengulangkaji,
pastikan anda sudah menyediakan sebarang alat tulis yang diperlukan di atas meja.
Pen mestilah semuanya berdakwat,
highlighter tak kering,
pembaris tak patah,
liquid paper tak beku,
kalkulator belum habis bateri.
Bagi yang malas mengasahkan pensel,
sila dapatkan pengorek landak ini di kedai 2 ringgit berhampiran anda bagi menyemarakkan semangat mengorek pensel2 kayu anda itu.
3. Persekitaran berbau harum
Terdapat artikel yang mengatakan deria bau dapat merangsang pembelajaran.
Makanya gunakanlah set aromaterapi anda demi penyerapan ilmu yang lebih efektif lagi mantop!
4. Jaga pemakanan dan kesihatan
Faktor kesihatan juga penting bagi menghadapi peperiksaan dengan jayanya.
Jika kita kurang sihat, maka kuranglah performance kita nanti.
Adik-adik mesti taknak fail exam kan?
Pengambilan makanan supplement dapat membantu dalam menjaga kesihatan kita.
Ambillah 3 hingga 4 bijik Champs C yg disahkan halal oleh JAKIM.
Minumlah juga air masak berbotol-botol
(tidak diwajibkan dari botol doraemon di atas, botol lain pun takpe)
Diharapkan tips yang dikongsikan sebentar tadi dapat membantu adik-adik sedikit sebanyak dalam menempuh peperiksaan.
Semoga berjaya!
ada agi la....tutop fb/games n so on...ops takut telepas tips exam kat fb plak...haa bole fb selang 3 jam...hanya untuk 5 menet
ReplyDeletekena jauhkan dari katil supaya tak tidur..=p
ReplyDeletekina: betol3. kot2 nnt ade member2 yg post hint dekat fb, x pasal2 rugi woo.
ReplyDeleteanis: klu nak tido, atas kusi pon boleh :P
caya,,p bab patung pink 2 ta sesuai,,,,
ReplyDeleteko mmg siut la wawi.. awt x bg tips ni masa aku undergrade lu.. kalo x dah 1st class dah aku cm ko tau.. ceh.. huhu..cdeh x menahan ni.. =.='
ReplyDeleteai: itu lampu study tau bukan berhala :P
ReplyDeleteqalbi: xpe nanti aq bagi tips cane nak marking essay student :P