Monday, August 23, 2010

Perkahwinan Saya


Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Merisik sudah bertunang pun sudah, Nikah dilafaz sunnah diwarisi,
Termeterai sudah janji bermadah, Majlis pernikahan kini dirai

(Nama Bapa & Ibu)
Pihak MARA

Sireh bertepuk, pinang menari, dua hati memaut janji,
Salam bersahut kata bersambut, Hasrat terpaut,
Dan dengan izin Illahi, kami mempersilakan Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
................................................................................................................................
suami/isteri seisi keluarga bagi menyerikan ikatan janji,
izin berwali, ijab bersaksi antara dua hati puteri kami yang dikasihi,

(Nama pengantin lelaki & perempuan)
Fluid Mechanics on Elliptical Cylinder
dan
Nurul Farahain binti Mohammad

Bertakhtakan adat berzaman, Bersendikan Sunnah Rasullullah S.A.W.
Mendirikan istana kasih pertemuan dua hati di teratak kami,

Pada hari,
Julai 2010 hingga Jun 2014

Bunga mawar kami taburi,
Air mawar direnjis wangi, Berkembang kasih menabur budi,
Undangan kami setulus hati, Harap sudi datang merai,
Terima kasih dari kami dan raja sehari.

Turut Mengundang :-
Seisi keluarga

Aturcara Majlis
Research:
Literature Search
Mathematical Analysis
Keller-Box Method
Indexed Journal Papers






Mungkin inilah rupa ayat kad kahwin saya
kalau mengikut syarat surat perjanjian MARA.
lol

Wednesday, August 4, 2010

Bulan Ogos Bulan Kemerdekaan

Merdekakah kita?
Jika kita masih menganggap apa yang dihasilkan Barat itu SEMESTINYA terbaik.
Jika mampu mencemuh sesama rakyat Malaysia.
Jika tersekat fikiran tapi realitinya punya kebolehan mengatasi yang di Barat.
Jika mengukur kemajuan tamadun berpaksikan fahaman sekularisme.
Jika inflasi semakin meningkat saban tahun.
Jika urusniaga tidak boleh lari dari sebarang riba'.

Merdekakah itu namanya?



*kepada kakak Nor Azita Osman,
meh la join saya attend seminar on globalization dan aktiviti2 bulan kemerdekaan di kampus saya.
Saya yakin minda akak akan terbuka luas lepas ni.
Tidak lagi menjadi boneka seperti yang mereka rancangkan.