Sunday, May 15, 2011

Soalan Cepumas 1

I'm wondering kenapa kalau orang ajar ilmu agama minta bayar yuran, orang kata dia nak jual agama ?
Tapi kalau belajar subjek sekolah macam maths / sciences etc., memang bayar mahal pun sanggup.
Semuanya ilmu Allah.
Kenapa orang tak cakap mereka2 yang ambil bayaran utk ajar maths / science etc. ni sebagai menjual ilmu Allah ?
Ce cite ce cite ~

Wednesday, May 11, 2011

Tolong berpatutan

dah lama plan nak share pasal bende ni.
tolong berpatutan.
boleh jadi minta tolong tu berpatutan dan menolong orang pun berpatutan.

Situation: Lab partners
(I prefer to use this term rather than calling someone a junior in the lab.
I'm a student and he/she too. We're both students. I learned something he/she didn't know YET, and that doesn't make me a senior. It's a matter of time. He/she might know the subject better than you are. I think senior-junior thing is ridiculous)

A dan B adalah lab partners.
A sangat rajin run experiment tahap tidur dekat lab nak pastikan everything goes well.
Dia juga sangat helpful dan baik hati dan tak reti cakap kasar.
B pula pergunakan A dengan 'meminta tolong' A.
Permintaan pertama:
minta tolong bagitau supervisor cakap dia datang lab padahal tak pernah datang lagi pun masa tu (unacceptable)
Permintaan kedua:
minta tolong ajarkan guna software dan suruh A cari installer bagai B datang belajar goyang kaki sambil tak fokus (unacceptable)
Permintaan ketiga:
minta data eksperimen si A untuk report dia. (unacceptable)
Permintaan keempat:
minta A siapkan slides untuk dia present project dia. (unacceptable)
Permintaan kelima:
minta plotkan graph dari data yg dia ambil dari A. (unacceptable)

It's good for you to ask for help if you do not know,
tapi berpatutan la weh.
Ini bukan teamwork, ini buli namanya.
To B, apakah neraka yang sedang kamu lakukan ? Kerja kau, buatlah sendiri. Dasar pemalas.

Nak minta tolong atau memberi tolong, biarlah pada sesuatu yg selesaikan masalah dan ada development of knowledge pada orang yg meminta tolong. Kalau sampai tahap bagi data, bagi graph, buatkan report, buatkan slides, itu bukan spoon feeding lagi dah. itu namanya breast feeding weh!
We need to produce high quality graduates with integrity.
Kalau masa belajar pun cara kerja dah busuk macam ni, kalau kerja nanti camne la agaknya.
Pada siapa2 yang terasa, tolong la insaf.


Tuesday, May 3, 2011

Berpeleseran di Kuala Terengganu

Habis je 1st assessment, beriya betul aku nak pegi interview ke ganung.
Padahal dalam otak ligat pikir, best bercuti ni.
Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada UniSZA kerana memberi peluang aku memanjangkan langkah sampai ke Ganung,
tak dilupakan thanks to pencipta ubat motion sickness.
Hidup lebih aktif tanpa muntah dalam bus dan dalam boat.
EH lupa pula ada paksa orang meneman. huhu.
Terima kasih daun keladi la Sotam dan Medot jadik kawan dunia akhirat aku insya Allah.
Aku present korang support, aku pegi interview pun korang teman, aku ponteng tutorial fizik zaman forecast dulu melepak chatting myspace kat CICT pun korang layan je.
Nak menitis air mata jantan aku dapat member cam korang.
Aku ni sumbangan kat korang setabuk hama takde. DEM !

Okay let us proceed to FAQ session when I back to JB.

Q: Apa cerita interview ok tak ?
A: Eh mesti la ok beb. Penat datang dari Johor semata2 nak pegi interview. Semangat aku bercakap sambil tangan gerak2. Walaupun masa tunggu turn nak interview tu kantoi melepak kat cafe layan milo tabur sambil berborak dengan member yg keja sana kat cafe dengan dekan. Itu kisah luar bilik interview kan :P Lagi pun aku borak ilmiah je pasal research masa tu.

Q: Boleh dapat tak agak-agak ?
A: Mung ni soalang ~ Aku pasrah je dapat ke tak. Kalau dapat alhamdulillah, tak dapat pun alhamdulillah cause He knows what is the best for me.

Q: Bukan main berjoli lagi kau kat sana. Best ?
A: Ko nampak je muka aku bahagia, hati belum tentu weh. Seram je bila teringatkan research takde progress minggu ni. Buatnye tengah2 menggila berjoli supervisor calls, ghasekan ko kesentapan di Terengganu. Seronok la lepak muzium Ganung, banyak permainan yg boleh dilakukan. 1st time naik boat setelah 22 tahun aku hidup. Akhirnya naik boat jugak. Harap2 pasni dapat terai test naik keretapi pulak.

Q: Kau ni rilex je pepagi ni ?
A: Alahai aku nak bersenang lenggang sikit pun tak boleh. Abah aku pun cam tau je aku tengah berpeleseran di alam maya pepagi ni. Siap call tanya tengah buat apa, tak pegi U ke, kenapa duduk bilik lagi. Aku nak pegi fakulti lah ni. Mengadap supervisor sambil tersenyum kambing takde progress. Kentalkan jiwa kejap lagi mesti kene brainwash dengan supervisor.