Wednesday, November 23, 2011

siksaan tekak menuju healthy lifestyle

konon2 umur dah sewiiit tuentitu, nak belajar permakanan sihat.
ayuh kita mulakan dengan Kenny Rogers for dinner.
order chicken macaroni cheese.
mula2 bedal muffin dia dulu.
oh memang pemakanan sihat la chocolate muffin.
tak lama sampai la makaroni yang di order mengikut bayangan kepala.
cheese meleleh2 dengan ketulan ayam panggang ke apa kan.
sekali yang sampai cheese sauce yg kuantitinya tidak mencukupi untuk digaul dengan kesemua makaroni bersama ketulan ayam kukus yg super kecil :(
ambik kau!
makan sampai habis!
nak sangat healthy lifestyle kan?
makan sambil membayangkan grilled butter chicken kat The Chicken Rice Shop.
sampai kene guna will-power nak menghabiskan makaroni tawar hebeh itu (T.T)
I'll just stick to Johnny's as my healthy food's restaurant.
spinach noodle dengan jus aloe vera dia masih boleh diterima tekak dan perut jawa ini.

Friday, July 1, 2011

Mohammad bin Mustam

As Salam.
Saya cuma ingin mencatat pemergian abah tersayang pada 29/6/2011 jam 8.10 pagi di Hospital Sultan Ismail akibat jangkitan kuman.
Moga abah tenang di sana.
Moga luas dan cerah kuburnya dan selamat dari azab kubur.
Wawi sayang abah tau.
Wawi akan cuba jadi anak yg solehah, supaya abah dapat saham.
Terima kasih banyak ye abah sebab banyak tolong wawi, ajar wawi.
Moga kita bertemu semula suatu masa nanti.
Wawi doakan yg terbaik untuk abah :)
I love you !

Sunday, June 19, 2011

Rompakan di Kampung Oren

Usus anda bakal dirompak oleh kertas ujian Bubu sebentar lagi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sila kelik pada gambar untuk rompakan yang lebih jelas

Sunday, June 5, 2011

Sentap di hari jumaat

Jumaat ritu, singgah CS jap sebelum balik kampus.
Naik bus ni payah, menyinggah je kejenye.
Tengah syok ber-catwalk sepanjang jalan segget,
ternampak seorang lelaki duduk di sidewalk membelakangkan aku.
Aku yg kepoh ni harus la menjengah2 apa orang tu buat kan.
Oh, he's reading Al-Islam magazine.
"Best bro, cite pasal senyum kan?" sapa aku kepada bro tersebut dalam hati.
Tapi tetibe aku heran, apesal dia curi2 baca magazine tepi longkang tu macam nak sorok bende?
Suka ko la budak, janji ko bahagia.

Masuk CS ni aku jadi rambang mata taktau nak pegi kedai mana.
As usual rondaan di mulakan di MPH.
Cuci mata tengok buku baru sampai tapi xde satu pun aku berkenan.
Nampak dari jauh bersusun2 buku 'A Dr in the House', mata dah tertancap ni tapi kaki melangkah ke rak Fiction A-Z.
Eh, Veronika decides to Die dah ada la!
Must buy ni. Must buy.
Dengan muka tersenyum bangga menggenggam buku tu, aku pun tunggu la turn nak bayar kat kaunter.
Aku senyum2 la kat budak yg dok pegang2 ma'thurat sughra depan aku ni.
"Mommy, is this in Malay?"
"No. It's in English."
Aku nampak budak tu tak puas hati, dia selak ma'thurat tu,
"Mommy, is this Malay?"
Oh honey, I think your mommy is feeling uneasy while you're holding this book.
"Miss, where is ToysRUs?"
"I don't know"
"ToysRUs, ToysRUs"
"I don't know"
Auntie, she means she doesn't know the shop is in the building or not. she knows what is ToysRUs.
"Mommy, is this in Malay?"
Muka si 'Mommy' dah merah padam aku tengok.
Marah dengan anak, marah dengan cashier.
Aku doakan Allah bukakan hati si anak kecil tadi agar dicurahkan dengan cahaya Islam.
Bersyukur sangat dapat parents yg menganjurkan Islam dalam kehidupan.

Lepas bayar buku tu, aku naik bas nak balik kampus.
Boleh pula bus penuh tinggal seat yg melawan arus tu je.
Paksa rela jela aku duduk situ sambil memandang ke luar tingkap.
Setiap org yg turun aku tengok.
Tengah berenti depan hospital, aku nampak mamat baca Al-Islam tadi turun.
Yes dapat jugak aku tengok muka dia.
Oh, no wonder dia baca curik2.
Takpe bro, aku doakan satu hari nanti ko dapat hidayah.
Keep searching for the light bro.

Terima kasih Ya Allah mengingatkan aku untuk bersyukur dengan nikmat Islam yg kau berikan padaku.
Insaf beb tengok depan mata org baca curik2, org bertanya tak dilayan.
Semua tentang Islam.
Ni kat Malaysia aka negara Islam ni.
Yang dikatakan bebas mengamalkan agama Islam.
Yang berniqab kene saman kat Europe tu camne la agaknya.
Mesti lagi banyak halangannya.
Aku tau harini dah hari Ahad, tapi aku nak share juga pengalaman jumaat ni dengan korang.
Bagi kita sama2 buka mata, minda dan hati ;)


Sunday, May 15, 2011

Soalan Cepumas 1

I'm wondering kenapa kalau orang ajar ilmu agama minta bayar yuran, orang kata dia nak jual agama ?
Tapi kalau belajar subjek sekolah macam maths / sciences etc., memang bayar mahal pun sanggup.
Semuanya ilmu Allah.
Kenapa orang tak cakap mereka2 yang ambil bayaran utk ajar maths / science etc. ni sebagai menjual ilmu Allah ?
Ce cite ce cite ~

Wednesday, May 11, 2011

Tolong berpatutan

dah lama plan nak share pasal bende ni.
tolong berpatutan.
boleh jadi minta tolong tu berpatutan dan menolong orang pun berpatutan.

Situation: Lab partners
(I prefer to use this term rather than calling someone a junior in the lab.
I'm a student and he/she too. We're both students. I learned something he/she didn't know YET, and that doesn't make me a senior. It's a matter of time. He/she might know the subject better than you are. I think senior-junior thing is ridiculous)

A dan B adalah lab partners.
A sangat rajin run experiment tahap tidur dekat lab nak pastikan everything goes well.
Dia juga sangat helpful dan baik hati dan tak reti cakap kasar.
B pula pergunakan A dengan 'meminta tolong' A.
Permintaan pertama:
minta tolong bagitau supervisor cakap dia datang lab padahal tak pernah datang lagi pun masa tu (unacceptable)
Permintaan kedua:
minta tolong ajarkan guna software dan suruh A cari installer bagai B datang belajar goyang kaki sambil tak fokus (unacceptable)
Permintaan ketiga:
minta data eksperimen si A untuk report dia. (unacceptable)
Permintaan keempat:
minta A siapkan slides untuk dia present project dia. (unacceptable)
Permintaan kelima:
minta plotkan graph dari data yg dia ambil dari A. (unacceptable)

It's good for you to ask for help if you do not know,
tapi berpatutan la weh.
Ini bukan teamwork, ini buli namanya.
To B, apakah neraka yang sedang kamu lakukan ? Kerja kau, buatlah sendiri. Dasar pemalas.

Nak minta tolong atau memberi tolong, biarlah pada sesuatu yg selesaikan masalah dan ada development of knowledge pada orang yg meminta tolong. Kalau sampai tahap bagi data, bagi graph, buatkan report, buatkan slides, itu bukan spoon feeding lagi dah. itu namanya breast feeding weh!
We need to produce high quality graduates with integrity.
Kalau masa belajar pun cara kerja dah busuk macam ni, kalau kerja nanti camne la agaknya.
Pada siapa2 yang terasa, tolong la insaf.


Tuesday, May 3, 2011

Berpeleseran di Kuala Terengganu

Habis je 1st assessment, beriya betul aku nak pegi interview ke ganung.
Padahal dalam otak ligat pikir, best bercuti ni.
Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada UniSZA kerana memberi peluang aku memanjangkan langkah sampai ke Ganung,
tak dilupakan thanks to pencipta ubat motion sickness.
Hidup lebih aktif tanpa muntah dalam bus dan dalam boat.
EH lupa pula ada paksa orang meneman. huhu.
Terima kasih daun keladi la Sotam dan Medot jadik kawan dunia akhirat aku insya Allah.
Aku present korang support, aku pegi interview pun korang teman, aku ponteng tutorial fizik zaman forecast dulu melepak chatting myspace kat CICT pun korang layan je.
Nak menitis air mata jantan aku dapat member cam korang.
Aku ni sumbangan kat korang setabuk hama takde. DEM !

Okay let us proceed to FAQ session when I back to JB.

Q: Apa cerita interview ok tak ?
A: Eh mesti la ok beb. Penat datang dari Johor semata2 nak pegi interview. Semangat aku bercakap sambil tangan gerak2. Walaupun masa tunggu turn nak interview tu kantoi melepak kat cafe layan milo tabur sambil berborak dengan member yg keja sana kat cafe dengan dekan. Itu kisah luar bilik interview kan :P Lagi pun aku borak ilmiah je pasal research masa tu.

Q: Boleh dapat tak agak-agak ?
A: Mung ni soalang ~ Aku pasrah je dapat ke tak. Kalau dapat alhamdulillah, tak dapat pun alhamdulillah cause He knows what is the best for me.

Q: Bukan main berjoli lagi kau kat sana. Best ?
A: Ko nampak je muka aku bahagia, hati belum tentu weh. Seram je bila teringatkan research takde progress minggu ni. Buatnye tengah2 menggila berjoli supervisor calls, ghasekan ko kesentapan di Terengganu. Seronok la lepak muzium Ganung, banyak permainan yg boleh dilakukan. 1st time naik boat setelah 22 tahun aku hidup. Akhirnya naik boat jugak. Harap2 pasni dapat terai test naik keretapi pulak.

Q: Kau ni rilex je pepagi ni ?
A: Alahai aku nak bersenang lenggang sikit pun tak boleh. Abah aku pun cam tau je aku tengah berpeleseran di alam maya pepagi ni. Siap call tanya tengah buat apa, tak pegi U ke, kenapa duduk bilik lagi. Aku nak pegi fakulti lah ni. Mengadap supervisor sambil tersenyum kambing takde progress. Kentalkan jiwa kejap lagi mesti kene brainwash dengan supervisor.

Saturday, April 23, 2011

Alat muzik bertali

Rentetan dari membaca entri Saufi Ahmad tentang nasyid,
mengingatkan saya ketika berbual tentang hukum bermain alat muzik bertali adalah haram.

anon: apelah buat battle of the band, pergi gig tu semua mana boleh. main gitar pulak tu. kan haram main alat muzik bertali.

wawi: kalau lagu Maher Zain ?

anon: eh tu takpe. lagu nasyid. (mereply dengan pantas)

wawi: bukan ada bunyi gambus ke dalam lagu Maher Zain ?

anon: yela. itu kan alat muzik dari arab.

wawi: yah but bertali kan gambus tu? kira macam gitar versi arab. haram la kan?

anon: tapi dia nasyid takpe kot.

wawi: yg haram tetap haram melainkan darurat. darurat ke ?

anon: *bunyi cengkerik*


ye mungkin aku bermulut longkang tapi aku perlukan hujah yg kukuh sebelum kau jatuhkan hukum.
demi satu kepastian, balikla aku ke Kg Oren lalu bertanya kepada Pakcik Mohammad.


wawi: abah, betul ke orang kata main gitar tu haram sebab dia alat muzik bertali ? kiranya cuma percussion jela yg tak haram ye bah? kalau dah alat muzik bertiup pun haram.

abah: dalam piano ada tali. gendang yg org buat main dikir barat, tabla semua ada tali. kastenet yg kamu main masa sekolah rendah tu pun ada tali. kurang jelas sebenarnya hukum tu.


sentap aku bila abah kata percussion pun bertali.
tapi memang betul pun.
pasni kita bernasyid sambil gendang meja study je.
takpun ketuk kuali pakai sudip ke ?
lepas ni layan lagu techno jela :P

sesiapa yg boleh tolong clarify masalah ni, share lah ilmu tu ngan weols.
weols bukannya terel pun bab2 agama.
nak tau jugak kot2 ada khilaf ke apa ke kan kan kan.
bukan susah sgt pun, tepek je haa comment ;)



Friday, April 22, 2011

Hari bersejarah 21/4/2011

Alhamdulillah selamat mempertahankan my baby semalam.
Terima kasih for all the supports and kata2 perangsang.
Thanks jugak buat kengkawan yg datang masa assessment semalam.
Serius rasa sangat dibantu.
Saya yakin saya dah beri yg terbaik.
Walaupun jawapan saya pada certain questions bersifat diva ala2 dato' siti dan berunsurkan jawapan selamat when you didn't know about something.
I don't wanna be a fool who's trying to fool the examiners yo !
Harus bear in mind Tuhan nampak dan tahu apa aku buat.
Examiners mungkin tak tahu tapi Tuhan tahu ye adik2.

Sebelum menuju ke fakulti semalam,
tiba2 ada orang call pangkal 09.
Bergetar jiwa bila dapat tahu dipanggil interview ketika kau nak 1st assessment.
I was like ermmm bukan tahun lepas bulan 5 ke aku hantar borang permohonan.
Serius hampir setahun weh !
Dah tak berharap langsung sebab selalunya lepas 6 bulan kira permohonan gagal.
Thank you Allah !
Betul2 unexpected.
Two good things that I ever wanted in my life happened in a day 21/4/2011.

Terlalu happy dan teruja dan dan okay sekarang kena pergi cube.
I'm a researcher and I wanna be the researcher ;)

Tuesday, April 12, 2011

Jatuh dari tempat tinggi

Saya ada seorang pelajar yg terlalu pemalas.
Datang kelas hanya bawa helaian kertas dan pensel dan kalkulator.
Minggu kemuncak, dia kata nak belajar lukis pelan.

Cikgu Garang: Good. Mana soalan yg kamu dah buat ?

Pelajar Pemalas: Tak buat lagi. Tak faham.

CG: OK. Mana pembaris kamu ?

PP: Saya lukis freehand je. Nak tengok bentuk dia je betul ke tak.

CG: Cuba lukiskan garisan sepanjang 4 cm untuk saya ?

PP: Mana saya nak tau 4 cm tu macam mana ?

CG: Then why you didn't bring your ruler ?
I can bring the ruler for you now, but how about on your SPM ?
You want me to bring eraser, sharpener, ruler, compass, protractor for you in front of the exam hall ?

PP menggoyang kaki

CG: OK mana soalan saya bagi kamu untuk siapkan last week ?

PP: Tak sempat buat. Banyak kerja.

CG menghulurkan past year SPM.
CG: Cuba buat soalan nombor 3 ni.

PP: Tak tahu. CIKGU TAK AJAR.

CG: I taught you this topic every week. Pandai lah kamu kata cikgu tak ajar. Where's all your exercises we did before?

PP: Kat rumah

CG: Tinggal kat rumah bagi kucing kamu belajar ? Berapa jam kamu spend for study in a day ? Ke kamu belajar waktu tutorial ni je ? 2 hours for a week ? Seriously ? Kat rumah makan tido sembahyang je ? Maksudnya dalam sebulan 8 jam je kamu belajar. 8 jam dalam 30 hari tu. Kamu ni banyak sangat buang masa.

PP: Cikgu lain la. Cikgu pandai.

CG: Hey awak jangan senang2 nak kata orang tu berjaya sebab pandai je. Kamu tak tengok usaha dia macam mana. Kalau tak pandai tak pe, boleh diajar. Kalau pemalas, degil, itu yg memang tak boleh diajar.

Then, he never came to the tutorial.
Surprisingly few weeks later, his dad came to see me.

Bapa Mengharap: Boleh saya tahu kenapa anak saya dah tak mahu datang belajar ke sini ?

Cikgu Garang: Saya akui memang saya ada marah dia minggu terakhir dia di sini. Tapi saya marah tu sebab saya nak dia sedar yg dia tu lelaki, ada tanggungjawab nak menanggung keluarga kelak. Kalau ikutkan pengetahuan matematik dia sekarang ni memang terlalu teruk. Kita kene patah balik pada matematik tingkatan 1 untuk dia. Saya tak kisah pasal tu janji dia mahu usaha. Tapi saya rasa macam saya seorang je yg beriya nak dia berjaya sedangkan dia tak ambil peduli langsung. Saya datang sini bukan nak guide dia seorang. Ada juga pelajar lain yg saya perlu bantu.

BP: Saya faham cikgu marah dia sebab nak dia berubah. Memang kalau hal belajar ni dia lambat sikit sebab dulu dia ada terjatuh dari tempat tinggi.

I was like, he's not a disable.
He's super duper LAZY ya ampun and that's why he didn't perform.
And yeah his smoking habit might contribute on 'killing' his active cells on brain.
Bukan kerana jatuh tempat tinggi ages ago !

I fell of a high waterfall when I was a kid.
Waterfall kota tinggi tu haa.
Sakit jugak lah kepala ni dari atas sampai ke bawah tu kot.
I was almost drowned, alhamdulillah Allah saved me.
He did give me the second chance in my life to learn and share.
Jatuh dari tempat tinggi bukan alasan untuk kamu menjadi pemalas, bertingkah laku kurang bijak dan degil kurang ajar.

Semua orang ada potensi untuk berjaya.
Tolonglah bersyukur dengan nikmat yg ada.
Dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri.
Because your life isn't about you at all.
Kasihan ayah kamu risau memikirkan si anak.
Tak sanggup nak paksa anak pergi belajar kalau dah dia tak suka sedangkan kamu tu pemalas sebenarnya.
Kalau dapat abah saya a.k.a pakcik mohammad, rasakan kamu mau makan penampar kalau malas belajar.
kalau kamu tak kasihankan diri kamu,
kasihankan lah ibu bapa kamu, adik beradik kamu, keluarga kamu.
Belajarlah dik.
Jangan ambil kesempatan atas kelembutan dan kebaikan ayah kamu.
Mungkin kamu tak minat bidang akademik tapi ini yang kamu kene tempuhi.
Jangan nak menyalahkan sistem pendidikan Malaysia macam sampah bla bla bla.
Tak pandai menari, salahkan lantai pula.
Orang buta pun boleh cemerlang SPM.
Sebab he's a genius? NO.
It's because of his efforts.
Kau sihat tubuh badan sempurna tapi MALAS berusaha.

Rasa nak humban je ko masuk takungan Indah Water.




Saturday, April 9, 2011

Konversasi bersama Cikgu Lela

Aku ada kawan satu dorm dulu,
nama dia lela.
Dia baik sangat.
Selalu bangun awal.
Rajin beribadat.
Rajin belajar.
Sopan santun.

Lela, aku suka pinjam kasut sekolah ko dulu sebab aku rasa aku cam baik je kalau pakai kasut sekolah ko.
Thanks tau lela bagi pinjam kasut sekolah pallas jazz ko dulu.
Ko memang sesuai jadi cikgu lela.
Ko mengajar tanpa bercakap.
You are the lesson.
Memang terbaik la dapat cikgu macam ko lela.
Ko punye teaching sejajar dengan dakwah secara berhikmah.
Inilah pendidik yg Malaysia perlukan untuk didik orang2 cam aku.
Ko takyah nak 'ceramah' berjam2, orang dah terfikir sendiri.
Satu hostel sayang ko lela.

Gila bertahun aku tak jumpa ko.
Bila borak2 maya, ko bagitau ko jadi cikgu, aku terus senyum.
Ko memang gifted jadi pendidik.
Jangan pernah putus asa didik orang2 degil cam aku lela.
Kami memerlukan kepercayaan dari pendidik yg kami boleh pergi jauh dan menjadi orang yang berguna.
You go girl !

Thursday, March 10, 2011

Penyedap hati bakal ahli matematik

Kengkadang jemu jugak belajar maths ni.
Kengkadang malas jugak belajar maths ni.
Kengkadang lost jugak belajar maths ni.
Berkata Imam as-Syafie,
"Barangsiapa yang belajar ilmu hisab, dia mempunyai pandangan yang jauh serta pemikiran yang tajam".
Terus senyum sampai telinga.
Hehe.

Thursday, March 3, 2011

Dilema Pemilihan Kursus Pengajian di Universiti

Tahniah diucapkan buat semua lepasan STPM 2010.
Yang SPM tu sabar2 la ye.
Esok lusa keluar la result korang tu.

Saya tau masa2 ni la kan korang kusut nak pilih kursus.
Ada yang minat nak ni, result tak melayakkan pula.
Ada yang nak amek kursus lain, tapi parents suruh ambil kursus lain.
Jangan risau adik2, saya pun pernah melalui *perkara ni.

*perkara ni merujuk kepada
"Ada yang nak amek kursus lain, tapi parents suruh ambil kursus lain."

Kalau anda tau dan yakin dengan potensi kamu dalam bidang yang kamu berminat untuk sambung pengajian, just chase after you dream!
Ya mungkin anda mengatakan saya batu api, fire stone, dan sewaktu dengannya.
Memang betul orang kata, pilihan ibu bapa tu yg terbaik. barakah lagi kan.
tapi tapi tapi,
kalau boleh dapat buat apa yg anda suka dan ibu bapa bagi restu bukan ke lagi BEST ?
ibu bapa bahagia, kamu pun bahagia.

Okay benda ni memang sukar tapi kalau nak buat, buat betul2.
Jangan separuh jalan.
No turning back ok.
(Ok bunyi macam tok bomoh warning sebelum pakaikan susuk pula =.=' )
Takde macam poem "The Road Not Taken" ke apa.

Bincang dengan mak ayah hari2 tentang keinginan kamu itu.
Hari-hari tau.
BINCANG ye bukan ajak bertelagah tinggi2 suara.
Itu ciri2 anak derhaka.
Ingat, hari-hari sampai kamu dpt hajat kamu.
But before that of course you have to do some homeworks nak berhujah kan.
Kenapa kamu suka kursus tu.
Kenapa kamu nak pilih kursus tu.
Apa skop kursus tu.
Apa plan kamu kalau kamu diberi peluang melalui path itu.
Lagi bagus kalau kamu buat buku skrap pasal bidang tu.
Itu yg saya buat dulu.
Ye nampakkan kesungguhan kamu pada family dengan bidang yg kamu pilih itu.
Mungkin akan ada ahli kerluarga yg gelakkan buku skrap kamu,
it's okay.
ingat fokus kamu adalah nak dapatkan apa yg kamu mahu dgn cara baik.

Jangan lupa pula berdoa pada Allah moga diberikan pilihan yg terbaik.
Doakan moga dilembutkan hati ibu ayah dan siapa saja yg halang niat murni kamu nak belajar bidang tu.
Doa ni senjata org muslim.
Kalau usaha dan tawakkal insya Allah you'll find your way ~

Jangan putus asa atau rasa malas.
Kalau kamu betul2 bersungguh, mesti ibu bapa kamu lembut hati juga akhirnya.
Nak mulakan memang susah.
Bak kata wawi,
kalau nak, buat.
tak nak, sudah.
Tak perlu nak salahkan parents nanti bila anda tak boleh bawa kursus pilihan parents tu.
Sebab sendiri pun dulu takde usaha nak chase after your dream kan?

Anddd,
bila dah dapat restu nanti.
Jangan la pulak ada rasa malas ke watsoeva.
Buktikan kebolehan kamu.
Buat mak ayah rasa bangga dan faham kenapa kamu nak sangat benda ni dari dulu.
Kadang2 orang nampak potensi kita lain,
tapi kita lebih nampak dan faham kebolehan kita kat mana.
Sejauh mana kita mampu pergi.
Sebab kita yg jumpa benda tu hari2.
Mengenali potensi diri tu penting ye adik2.
Jangan ikut2 orang je ;)

Friday, February 25, 2011

Research Mission I

Setelah hampir setahun menyambung pengajian,
akhirnya datang semangat membara mempertahankan research sendiri.
AKHIRNYA!

kehidupan sedang menghala ke
Unsteady mixed convection boundary layer from a circular cylinder in a micropolar fluid with internal heat generation.
Target adalah untuk menyertai UMTAS 2011 : International Conference on Mathematics Julai ni.
Harap2 dapat siapkan paper dalam masa terdekat ni.
Doakan ye kawan2 :)


Saturday, February 19, 2011

Fakta yg mampu meremangkan bulu roma

Salam all.
Tadi kan kita kan, pergi la jogging kan.
Pastu kan, kite nampak fakta ni kat sini.
Seram seh.

"KUALA LUMPUR: Kebanyakan rakyat negara ini hilang dara atau teruna menjelang usia 22 tahun, sebelum kebanyakan mereka melangkah ke gerbang perkahwinan. “Secara keseluruhan, kebanyakan rakyat Malaysia mengadakan hubungan seks sebelum kahwin,” kata Profesor Madya Dr Lekhraj Rampal dari Universiti Putra Malaysia, yang tahun lepas mengetuai satu kajian risiko perlakuan yang boleh membawa kepada jangkitan HIV. Kajian itu mendapati 75 peratus atau 14,121 daripada 18,805 responden yang ditemui adalah aktif seks, di samping menunjukkan 8.4 peratus pernah mengadakan hubungan seks ketika berusia 15 tahun.Bagi mereka yang berusia 16 hingga 18 tahun, 34 peratus mengaku mempunyai pengalaman seks. “Apa yang dapat dikatakan, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mahu membicangkan pengalaman seksual mereka, walaupun masyarakat sudah agak terbuka berhubung perkara ini,” katanya.Kajian itu turut mendedahkan bahawa 22 peratus responden mendapatkan perkhidmatan seks daripada aktiviti pelacuran atau gemar bertukar pasangan yang meliputi tidur semalaman, sepanjang tempoh 12 bulan kajian berkenaan. (Berita Minggu 31 Julai 2005)"


Sebagai bakal parents generasi akan datang,
ayuh kita brainstorm apakah cara2 yg boleh kita usahakan supaya anak2 kita kelak tak termasuk dalam golongan statistik kat atas nih.
Simpaaaaaaaaaaaaaaang ~

Friday, January 14, 2011

Bagaimana saya dilatih sewaktu kecil: pelat R

Ingat lagi masa kecik dulu, saya pelat R.
Setiap kali sebut R akan berbunyik 'agh'.
Kalau mengaji pula, huruf 'ro' jadi 'gho'.
Abah train saya hari2 sebut R dengan betul dari kecik.
HARI-HARI.

Bertahun la jugak kan belajar sebut R dengan betul.
Pernah satu hari saya cakap kat abah macam takkan berjaya je nak dapat sebut R dengan betul macam orang lain.
Abah marah.
Katanya, kamu mesti berlatih. Mesti boleh.
Kalau tak, kamu mengaji nanti makhraj tak tepat.

Okay fine.
Layan jela abah kan dok sebut lah R sejam setiap hari.

Satu hari tu practise macam biasa.
Sebutla agh, agh, agh, agh, agh , R.

Gulp!
Macam saya tersebut R yang betul je tadi.
Sebut lagi lah kan.

R.
R.
R.

Akhirnya dapat juga sebut R !
Cuba 'ro' pulak lah.
RO. RO. RO.

Saya nampak abah senyum je.
Terus dia sambung tengok tv membiarkan saya yang jakun sebut R dan RO.

Kalau tak dipaksa, agaknya sampai sekarang lah pelat R.

Wednesday, January 12, 2011

Peluang untuk berkongsi papa dengan saya

Buat sesiapa yang teringin jadi adik beradik tiri saya,
jom la kita berkongsi papa yang sama iaitu papa MARA.
Papa kata anda2 sume boleh mencuba nasib sampai 31 januari ni.
Cuba tau kawan2.
Nanti boleh kita pegi cucuk elaun kat cimb secara berjemaah setiap hujung bulan :)

Sila cuba nasib di sini

Tuesday, January 4, 2011

Interbiu bersama pelajar tahun 1 2011

Mari kita ikuti intebiu bersama pelajar tahun 1 2011 di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Tiram iaitu bubu.

tut tut tut tut
klik (bunyi telefon diangkat)

wawi: helo

bubu: helo syape ni?

wawi: ni kakak wawi la. kakak sendiri pon tak kenal ke?

bubu: oh kakak wawi. kakak wawi kat mana tu?

wawi: kakak wawi kat sekolah. amacam sekolah bubu, best tak?

bubu: best !

wawi: masuk kelas apa ?

bubu: 1 dioperasi

wawi: hah? apa nama kelas kau ?

bubu: 1 DI-OPERASI lah !

cikgu gayah: 1 dedikasi. adik kau masuk kelas corot.

bubu: eh mama ni boleh tak ? bubu pandai baca tau.

cikgu gayah: kalau pandai baca, takkan lah masuk kelas corot.

bubu: sibuk lah mama ni !

wawi: pegi sekolah siapa hantar ?

bubu: bubu naik bas cik ros je.

wawi: ada kawan tak kat kelas ?

bubu: ada !

wawi: siapa nama kawan kau tu ?

bubu: entah

wawi: alaaa. cakap jela takde orang kan nak kawan dengan kau ~

bubu: oklah bubu nak pegi minum air. bai.



Kuiz Minggu Ini:
Adakah bubu ingin meminum air kerana terasa pedas dengan statement takde orang nak kawan dia?