Saturday, April 23, 2011

Alat muzik bertali

Rentetan dari membaca entri Saufi Ahmad tentang nasyid,
mengingatkan saya ketika berbual tentang hukum bermain alat muzik bertali adalah haram.

anon: apelah buat battle of the band, pergi gig tu semua mana boleh. main gitar pulak tu. kan haram main alat muzik bertali.

wawi: kalau lagu Maher Zain ?

anon: eh tu takpe. lagu nasyid. (mereply dengan pantas)

wawi: bukan ada bunyi gambus ke dalam lagu Maher Zain ?

anon: yela. itu kan alat muzik dari arab.

wawi: yah but bertali kan gambus tu? kira macam gitar versi arab. haram la kan?

anon: tapi dia nasyid takpe kot.

wawi: yg haram tetap haram melainkan darurat. darurat ke ?

anon: *bunyi cengkerik*


ye mungkin aku bermulut longkang tapi aku perlukan hujah yg kukuh sebelum kau jatuhkan hukum.
demi satu kepastian, balikla aku ke Kg Oren lalu bertanya kepada Pakcik Mohammad.


wawi: abah, betul ke orang kata main gitar tu haram sebab dia alat muzik bertali ? kiranya cuma percussion jela yg tak haram ye bah? kalau dah alat muzik bertiup pun haram.

abah: dalam piano ada tali. gendang yg org buat main dikir barat, tabla semua ada tali. kastenet yg kamu main masa sekolah rendah tu pun ada tali. kurang jelas sebenarnya hukum tu.


sentap aku bila abah kata percussion pun bertali.
tapi memang betul pun.
pasni kita bernasyid sambil gendang meja study je.
takpun ketuk kuali pakai sudip ke ?
lepas ni layan lagu techno jela :P

sesiapa yg boleh tolong clarify masalah ni, share lah ilmu tu ngan weols.
weols bukannya terel pun bab2 agama.
nak tau jugak kot2 ada khilaf ke apa ke kan kan kan.
bukan susah sgt pun, tepek je haa comment ;)



Friday, April 22, 2011

Hari bersejarah 21/4/2011

Alhamdulillah selamat mempertahankan my baby semalam.
Terima kasih for all the supports and kata2 perangsang.
Thanks jugak buat kengkawan yg datang masa assessment semalam.
Serius rasa sangat dibantu.
Saya yakin saya dah beri yg terbaik.
Walaupun jawapan saya pada certain questions bersifat diva ala2 dato' siti dan berunsurkan jawapan selamat when you didn't know about something.
I don't wanna be a fool who's trying to fool the examiners yo !
Harus bear in mind Tuhan nampak dan tahu apa aku buat.
Examiners mungkin tak tahu tapi Tuhan tahu ye adik2.

Sebelum menuju ke fakulti semalam,
tiba2 ada orang call pangkal 09.
Bergetar jiwa bila dapat tahu dipanggil interview ketika kau nak 1st assessment.
I was like ermmm bukan tahun lepas bulan 5 ke aku hantar borang permohonan.
Serius hampir setahun weh !
Dah tak berharap langsung sebab selalunya lepas 6 bulan kira permohonan gagal.
Thank you Allah !
Betul2 unexpected.
Two good things that I ever wanted in my life happened in a day 21/4/2011.

Terlalu happy dan teruja dan dan okay sekarang kena pergi cube.
I'm a researcher and I wanna be the researcher ;)

Tuesday, April 12, 2011

Jatuh dari tempat tinggi

Saya ada seorang pelajar yg terlalu pemalas.
Datang kelas hanya bawa helaian kertas dan pensel dan kalkulator.
Minggu kemuncak, dia kata nak belajar lukis pelan.

Cikgu Garang: Good. Mana soalan yg kamu dah buat ?

Pelajar Pemalas: Tak buat lagi. Tak faham.

CG: OK. Mana pembaris kamu ?

PP: Saya lukis freehand je. Nak tengok bentuk dia je betul ke tak.

CG: Cuba lukiskan garisan sepanjang 4 cm untuk saya ?

PP: Mana saya nak tau 4 cm tu macam mana ?

CG: Then why you didn't bring your ruler ?
I can bring the ruler for you now, but how about on your SPM ?
You want me to bring eraser, sharpener, ruler, compass, protractor for you in front of the exam hall ?

PP menggoyang kaki

CG: OK mana soalan saya bagi kamu untuk siapkan last week ?

PP: Tak sempat buat. Banyak kerja.

CG menghulurkan past year SPM.
CG: Cuba buat soalan nombor 3 ni.

PP: Tak tahu. CIKGU TAK AJAR.

CG: I taught you this topic every week. Pandai lah kamu kata cikgu tak ajar. Where's all your exercises we did before?

PP: Kat rumah

CG: Tinggal kat rumah bagi kucing kamu belajar ? Berapa jam kamu spend for study in a day ? Ke kamu belajar waktu tutorial ni je ? 2 hours for a week ? Seriously ? Kat rumah makan tido sembahyang je ? Maksudnya dalam sebulan 8 jam je kamu belajar. 8 jam dalam 30 hari tu. Kamu ni banyak sangat buang masa.

PP: Cikgu lain la. Cikgu pandai.

CG: Hey awak jangan senang2 nak kata orang tu berjaya sebab pandai je. Kamu tak tengok usaha dia macam mana. Kalau tak pandai tak pe, boleh diajar. Kalau pemalas, degil, itu yg memang tak boleh diajar.

Then, he never came to the tutorial.
Surprisingly few weeks later, his dad came to see me.

Bapa Mengharap: Boleh saya tahu kenapa anak saya dah tak mahu datang belajar ke sini ?

Cikgu Garang: Saya akui memang saya ada marah dia minggu terakhir dia di sini. Tapi saya marah tu sebab saya nak dia sedar yg dia tu lelaki, ada tanggungjawab nak menanggung keluarga kelak. Kalau ikutkan pengetahuan matematik dia sekarang ni memang terlalu teruk. Kita kene patah balik pada matematik tingkatan 1 untuk dia. Saya tak kisah pasal tu janji dia mahu usaha. Tapi saya rasa macam saya seorang je yg beriya nak dia berjaya sedangkan dia tak ambil peduli langsung. Saya datang sini bukan nak guide dia seorang. Ada juga pelajar lain yg saya perlu bantu.

BP: Saya faham cikgu marah dia sebab nak dia berubah. Memang kalau hal belajar ni dia lambat sikit sebab dulu dia ada terjatuh dari tempat tinggi.

I was like, he's not a disable.
He's super duper LAZY ya ampun and that's why he didn't perform.
And yeah his smoking habit might contribute on 'killing' his active cells on brain.
Bukan kerana jatuh tempat tinggi ages ago !

I fell of a high waterfall when I was a kid.
Waterfall kota tinggi tu haa.
Sakit jugak lah kepala ni dari atas sampai ke bawah tu kot.
I was almost drowned, alhamdulillah Allah saved me.
He did give me the second chance in my life to learn and share.
Jatuh dari tempat tinggi bukan alasan untuk kamu menjadi pemalas, bertingkah laku kurang bijak dan degil kurang ajar.

Semua orang ada potensi untuk berjaya.
Tolonglah bersyukur dengan nikmat yg ada.
Dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri.
Because your life isn't about you at all.
Kasihan ayah kamu risau memikirkan si anak.
Tak sanggup nak paksa anak pergi belajar kalau dah dia tak suka sedangkan kamu tu pemalas sebenarnya.
Kalau dapat abah saya a.k.a pakcik mohammad, rasakan kamu mau makan penampar kalau malas belajar.
kalau kamu tak kasihankan diri kamu,
kasihankan lah ibu bapa kamu, adik beradik kamu, keluarga kamu.
Belajarlah dik.
Jangan ambil kesempatan atas kelembutan dan kebaikan ayah kamu.
Mungkin kamu tak minat bidang akademik tapi ini yang kamu kene tempuhi.
Jangan nak menyalahkan sistem pendidikan Malaysia macam sampah bla bla bla.
Tak pandai menari, salahkan lantai pula.
Orang buta pun boleh cemerlang SPM.
Sebab he's a genius? NO.
It's because of his efforts.
Kau sihat tubuh badan sempurna tapi MALAS berusaha.

Rasa nak humban je ko masuk takungan Indah Water.




Saturday, April 9, 2011

Konversasi bersama Cikgu Lela

Aku ada kawan satu dorm dulu,
nama dia lela.
Dia baik sangat.
Selalu bangun awal.
Rajin beribadat.
Rajin belajar.
Sopan santun.

Lela, aku suka pinjam kasut sekolah ko dulu sebab aku rasa aku cam baik je kalau pakai kasut sekolah ko.
Thanks tau lela bagi pinjam kasut sekolah pallas jazz ko dulu.
Ko memang sesuai jadi cikgu lela.
Ko mengajar tanpa bercakap.
You are the lesson.
Memang terbaik la dapat cikgu macam ko lela.
Ko punye teaching sejajar dengan dakwah secara berhikmah.
Inilah pendidik yg Malaysia perlukan untuk didik orang2 cam aku.
Ko takyah nak 'ceramah' berjam2, orang dah terfikir sendiri.
Satu hostel sayang ko lela.

Gila bertahun aku tak jumpa ko.
Bila borak2 maya, ko bagitau ko jadi cikgu, aku terus senyum.
Ko memang gifted jadi pendidik.
Jangan pernah putus asa didik orang2 degil cam aku lela.
Kami memerlukan kepercayaan dari pendidik yg kami boleh pergi jauh dan menjadi orang yang berguna.
You go girl !