Tuesday, December 11, 2012

Kek Batik mengajar erti kejayaan

Assalamualaikum kawan2.
Kabare? (apa khabar bahasa jawa)
Kita alhamdulillah sihat.
Kawan2 macam mana?
Kita kat sini hujung minggu lepas giat buat kek batik.

Malam Jumaat boring2 pergi la shopping biskut Mary, butter, susu sejat tu semua untuk buat kek batik.
Sampai hostel, terus lepak kat dapur.
Ceria menyanyi girang tatkala mematahkan biskut sekeping demi sekeping dengan kasih sayang selama sekilo biskut.
Yang lalu lalang dok tanya, buat apa tu wawi?
Nak masak apa tu wawi?
Biskut apa tu wawi?
Bila cakap nak buat kek, ada yang buat muka biar betul budak ni?
Ada yang muka hek eleh takat biskut murah, susu sejat murah, butter murah, coklat murah, telur 2 biji ni masak-masak boleh sedap mana je?
Tapi takpa, kita teruskan juga.

Masak punya masak, dah siap.
Kita pun tuang ke acuan. Dapat 2 trays.
Kita simpan di freezer awam kat dapur hostel.
The next day, masa kita potong-potong kek tu, kita bagi la kawan-kawan yang memandang enteng bahan-bahan kek batik semalam.
Yang sorang tu cakap "Wow. It does taste like a cake. Really tasty." Siap bulat biji mata dia hokeeeyy.
Yang sorang pula, tak nampak semalam masa kita masak tu. Dia tanya "Where did you buy this? I love it."
Yang lagi sorang pula siap cerita kat room mate kita "You know when I saw her with the biscuits and egg and butter, and she told me she's going to make a cake, I just ignore her. It's all cheap things. But when I taste the cake, I was so surprised it can be that much tasty. And I love it. I just can't believe she made it from all those things I'd seen."

Ok point penting di sini bukanlah betapa sedap kek batik eden,
tapi nak share pengajaran: kek batik ni umpama satu kejayaan.
Kau kena kutuk macam mana pun, kau teruskan usaha.
Biarlah bahan-bahan yang kau guna tu murah ke, apa ke, setakat ini je ke.
Pedulikan apa diorang kata.
Sebab hanya kau yang tahu betapa sedap kek batik tu nanti.
Mungkin lepas kau dah tungkus lumus berusaha (memasak), rasa dah sedap cuma masih tak presentable lagi apa kau buat.
Mungkin hasil yang kau buat tu, memang kena simpan dalam freezer dulu baru cantik, physical jitu dan presentable lalu boleh dimakan.
Dah boleh makan tu, bagi la kengkawan merasa kek batik kau yang enak tu.
Bukan untuk menunjuk, tapi biar dia juga dapat merasa sedapnya kek batik itu.
Kejayaan bukan untuk dijadikan kebanggaan, tapi untuk dikongsi dan dinikmati bersama :)




                     Saya sepotong kek batik

Saturday, November 3, 2012

Aidil Adha di bumi Dublin


Assalamualaikum kengkawan :) (senyuman pipi pau sambal)
Jangan risau, aku sihat walafiat kat sini.
Kalau pening2 pun dah ada room mate tanya khabar hari2 dah baik batuk ke belum.
Room mate kite orang Morocco.
Jenuh weh nak kene speaking hari2.
Kadang2 kami borak bersama google translate terhidang di laptop memasing.
Bila tak dapat vocab, abe google tolong jawabkan :P

Alhamdulillah minggu lepas diberi rezki merayakan Aidil Adha di Dublin.
Gagah je travel sengsorang kan dari Coimbra ke Lisbon then ke Dublin.
Jangan risau, jangan panick. Sengsorang tu dengan restu mama kite dan izin Allah.
Tidur semalaman kat hotel murah di Lisbon, 29 euro je weh.
Ok siapa convert ke ringgit memang nak kene pijak selipar jamban dia.



Ni la bilik 29 euro sahaja tu. luas je. kalau ada anak kecik sorang pun boleh lagi tu.
Puas weh berguling. Guling, guling jugak kan. Bende murah kene share dengan orang.
Nama tempat ni Hotel do Chile. Dalam 10 minit perjalanan dari airport.
Perjalanan teksi ye adik2 bukan berjalan kaki.

First time naik Aer Lingus.
Mula2 cam curiga nak naik airline ni. Sebab tak pernah dengar nama dia.
Tapi dah airline ni je yang tinggal untuk direct flight Lisbon - Dublin.
Yang lain nak kene menyinggah London la, apa la.
Kalau jalan2 suka2 nak la singgah2. Ni nak beraidil adha kot.
Harus fokus di situ.

Sampai2 je Dublin, pegawai imigresen tanya, jumpa family ke jumpa kawan?
Kite terus tersentuh mood raya kan. Bukan boleh orang tanya family2 ni.
Ada kang drama raya tv3 live 'ditayang' kat officer tu. Air mata berjurai2 cam Wan Maimunah.
Ececece kontrol macho sikit. Aku tak macam tu la.
Cakap kat officer datang nak jumpa kawan2, family jauh sangat kat Malaysia dengan wajah macho tahan nangis mata dah ada air2 sikit masuk habuk barangkali :P

Seronok sangat2 Aidil Adha kali ni.
Jumpa orang2 Dublin yg Muslim dok ucap "Eid Mubarak".


Tengok muka tu kemain berseri menyambut lebaran dengan tudung dan baju pinjam.
Masjid ni comel weh sejarahnya.
Dulu ianya sebuah gereja. (amboi ayat karangan kertas penulisan bahasa malaysia UPSR).
Then, muslim community kat bandar ni beli gereja tu dan ditukarkan menjadi masjid.
Kalau tengok dari jauh, comel je ada bulan sabit secoet kat atas bumbung dia.

Tak sangka ramai sungguh orang Islam kat sini.
Dia punya seronok tak payah cakap la kan.
Siap masa baru2 balik dari Dublin, orang2 kat Coimbra ingat kita baru balik dari Malaysia :D
Yela kat Coimbra ni sikit punye susah nak jumpe orang Islam.
Kalau jalan kat shopping complex tu, asyik kene tenung je.
Naik bas pun aritu ada makcik tu alihkan anak dia dari sebelah kita.
Sentap gegirl tau. Gegirl senyum2 je kat anak dia.
Takpe2. Bukan salah diorang pun. Dah pemikiran diorang dibasuh oleh info2 yang salah.
Acik tu pun cuma nak protect anak dia je. Siapa tak sayang anak ooiii (ayat macam dah ada anak 4,5 orang je kan).

Apapun, terima kasih la banyak2 kat kawan kita Nurul Ain Ibrahim (kepala ni :P) and the gang.
Sudi bagi menumpang kasih beraya di Dublin.
Thanks to Yana sudi menunggu kat airport sesejuk petang tu, Aisha and Che Ain yang sudi teman shopping jenjalan kat Dublin yang angin dia sejuk bukan main kan.
Alamak jenuh ni nak kene mention nama sengsorang.
Okay terima kasih kepada semua kawan2 baru students Medic Dublin tak kira la UCD ke, RC ke, Trinity ke, korang semua memang best lagi terbaik!
Open houses semua sedap2 lauk pauk.
Moga bertemu dan berpisahnya kita ni Lillahi Ta'ala.
Jazakillahu khairan kawan2 sume.
Senang2 datang la Portugal pula ye.
Boleh makan Pastel de Nata banyak2 :P
Kalau ada lagi program2 best tu ajak2 la kita kat sini ye.
Nak join nak join nak join!
Semoga bertemu lagi insha Allah :)

Sunday, September 23, 2012

Johor Bahru --> Kuala Lumpur --> Dubai --> Lisbon --> Coimbra

Assalamualaikum kawan2.
Kemain tajuk siap ada anak panah macam nak belajar rantai makanan Sains Darjah 4 je kan.
Alhamdulillah dah selamat 'lepak' di Coimbra hampir 3 minggu.
Bila fikir2 balik, boleh sampai pulak aku berjalan sengsorang dari Malaysia ke tempat asing ni.
Kalau tanya diri sendiri, memang takut sangat2 sampai kene panic attack tiba2 batuk sampai nak muntah masa nak turun gate pelepasan kat KLIA ritu.
Tak caya tanya Zaza, Sot, Zati, Yana, Aezal.
Eh sebelum lupa, thanks ye kawan2 hantar kita nak berlepas ritu.
Kalau tak meleleh beb air mata nak tinggalkan tanah air takde orang nak meraikan.

Berkat doa Puan Rugayah Ahmad, ahli keluarga serta sahabat handai (amboi sopannya macam ayat salam perantauan),
berjaya la sampai ke sini walau lone ranger.
Terima kasih sangat ya Allah lindungi saya dan permudahkan perjalanan saya.

Sempat terduduk seat orang lain masa dalam flight to Dubai.
Dahla aku duduk tempat mamat yg tolong letakkan beg aku atas rak tu.
Selamba je kan, lepas bagi beg tu terus duduk tempat dia.
Dekat 15 minit jugak la baru sedar yg aku tersalah duduk.
Padan la mamat tu muka pelik je aku duduk situ.
Malu takyah cakap la kan camne.
Merah padam muka.
Mamat tu senyum cool je.
Aku hanya mampu tunduk and say sorry.

Sempat juga buat kawan kejap masa transit kat Dubai.
Jumpa sekumpulan pelajar Malaysia yg belajar medic di Russia.
Gosip punya gosip, Borak punya borak, dah sampai masa masing2 dengan laluan memasing.
Dia punya nervous masa flight nak pegi Lisbon tu lain macam.
Dalam flight duduk sebelah makcik American cool gila dress up macam Martha Stewart.
Dah 12 tahun dia dok Dubai and dia pegi Lisbon untuk bercuti.
(Ye, berborak je la keje kau wawi. Sila apply jadi pengacara Majalah 3 balik Malaysia nanti.)

Sampai je airport, muka kena yakin macam tau jalan.
Padahal ikut bontot orang je kan. Hehe.
Beratur kat kaunter imigresen.
Disebabkan muka yg muda remaja ni, belum apa2 imigresen dah tanya "You're student in what university."
Ceh dengan yakin aku sebut "Universidade de Coimbra" setelah melakukan pengecaman sebutan yg betul berdasarkan video universiti tersebut di Youtube.
Lepas imigresen, tengok luggage dah main putar2 dah.
Senyum, sauk, dan berlalu pergi.
Terus hilang arah tuju sebab tak nampak sign "Taxi" kat mana2.
Okay jangan panik, kita tanya cewek anggun kat information counter ye Wawi.

Rupanya keluar je pintu tu berlambak haa taxi.
Sumbat beg, masuk taxi, dengan yakin aku sebut "train station".
Ye syabas! Pakcik teksi terus cakap bahasa Portugis dengan aku.
Conversation ayam itik pun bermula.
Pakcik teksi sangat chatty, aku taknak lukakan hati dia.
Aku teruskan senyuman meleret dan bila dia gelak, aku gelak.
Sampai train station, pakcik teksi bagi direction bahasa Portugis.
Yang aku pick up, kene naik tingkat atas. Tu je.

Masa beratur nak beli tiket pun pompuan depan aku tu chatty sangat.
Dia cakap tak berhenti dengan nada dan muka excited.
Aku sebagai sweet girl, sekali lagi tak sanggup lukakan hati dia nak kata "nao fala portuguese".
Taktik yang sama digunakan. Senyum meleret, gelak bila dia gelak.
Dari luar tengok train ni macam cerita Slumdog Millionaire pun ada.
Masuk dalam, amboi apesal semarttttt sangat ni.
Bersih, cantik, siap ada plugs untuk charge mobile phone or laptop.
Ada meja boleh la nak buat keje atau tengok drama yg baru di download macam budak seat depan aku.

Entah camne mungkin kepenatan, rupanya aku dah terlepas stop.
Dah nak habis 1 Portugal aku pusing.
Nasib baik Prof Silvia telefon tanya ada kat mana.
Then gelabah, terus bangun, menuju ke depan train dan bersuara lantang nak nangis "Does anyone here speak English? I just realised I missed my stop and I need help."
Nasib baik ada sorang gadis baik hati bernama Andreia fasih berbahasa Inggeris tolong.
Siap tuliskan skrip nak beli tiket patah balik tau.


Dengan sehelai tisu skrip, melangkah penuh keazaman ke kaunter tiket.

Alhamdulillah ada lagi tiket untuk train terakhir dari tempat yg dah tersasar, Famalicao ke hala tuju sebenar, Coimbra.
Masa nak tunggu train tu, dok sengsorang malam2 kat train station tu sambil berfikir,
kalau tiket habis memang 'masak' aku jadi homeless tidur kat train station.


Amek kau kemain lapang train station dia.

Naik train, kacau orang sebelah asyik tanya dah sampai Coimbra ke belum.
Tak sanggup dah nak menyesatkan diri lagi.
Rasa terlalu penat sangat2.
Lepas sejam setengah, akhirnya sampai jugak kat Coimbra.
Prof Aderito dah tunggu kat stesen. Takut sesat lagi katanya. Harharhar.

Sampai hotel, makan biskut, buah and coklat yg prof bagi dengan rakus.
Mana tak nya, pukul 3 dah jejak Portugal, pukul 10 malam baru sampai hotel.
Bila congak2 balik, dari JB tu sampai aku settle kat Coimbra ni, 32 jam beb travel.
Perggghhhh, kalau tanya diri sendiri, tak tergamak aku nak merayap sampai 32 jam.
Naik tangga tingkat 2 pun malas.
Betul2 kuasa Allah yang membantu bagi tenaga, ilham dan pencerahan sepanjang perjalanan.

Tipu la kalau aku kata tak takut langsung sepanjang perjalanan tu.
Yela anak dara kampung, keluar negara sengsorang.
Tempat tiada kedutaan Malaysia, tiada senior atau rakan sebaya Malaysia yg boleh dihubungi.
Tapi aku yakinkan diri. Allah ada dengan kau Wawi.
Malaikat Rakib, Atid kanan kiri kau ni Wawi.
Apa benda lagi kau nak?
Yeah baby, that's the spirit!
Insha Allah inilah pengalaman yang berharga pada diri aku.
Setiap masa, setiap detik, aku betul2 rasa pergantungan diri pada yg maha Esa.
Moga kita semua sama2 sentiasa dalam rahmatNya dan dapat merasa manisnya bila meletakkan diri betul2 bergantung pada Allah swt sahaja :)

Thursday, August 30, 2012

Begini caranya: Check Impact Factor sesuatu Jurnal

Assalamualaikum kawan2.
Tetiba rasa nak tulis step camne nak check Impact Factor sesuatu jurnal.
Bukan apa, aku kadang tu lama tak check pun boleh lupa.
I think better I record it somewhere accessible.
Pikir2 blog aku ni bukan ramai org baca pun, merapu bubuh impact factor article kat sini pun aku rasa xde org complaint :P
Sebelum tu aku explain bahasa senang dulu ye apa itu impact factor.

Impact factor ni yg aku paham ala2 CPA atau PNGK sesuatu jurnal.
Ukuran bagi kecemerlangan sesuatu jurnal.
Dan cemerlangnya sesuatu jurnal tu, berdasarkan jumlah citation yg journal tu dapat.
Lagi banyak org cite artice dalam jurnal tu, lagi tinggi la impact factor.
Itu cerita ringannya.

Ni pulak explanation dari website Thomson Reuters.
"The impact factor is one of these; it is a measure of the frequency with which the "average article" in a journal has been cited in a particular year or period. The annual JCR impact factor is a ratio between citations and recent citable items published. Thus, the impact factor of a journal is calculated by dividing the number of current year citations to the source items published in that journal during the previous two years (see Figure 1).
Figure 1: Calculation for journal impact factor.
A= total cites in 1992
B= 1992 cites to articles published in 1990-91 (this is a subset of A)
C= number of articles published in 1990-91
D= B/C = 1992 impact factor
The impact factor is useful in clarifying the significance of absolute (or total) citation frequencies. It eliminates some of the bias of such counts which favor large journals over small ones, or frequently issued journals over less frequently issued ones, and of older journals over newer ones. Particularly in the latter case such journals have a larger citable body of literature than smaller or younger journals. All things being equal, the larger the number of previously published articles, the more often a journal will be cited."

So toksah sembang kencang sangat kan.
Ayuh kita explore cara-cara memeriksa impact factor bagi jurnal di Web of Knowledge.
Maklumat yg diperlukan adalah nama jurnal atau ISSN number.
Kalau aku, suka pakai ISSN number senang lagi.
Mana nak dapat ISSN number ni?
Selalunya dalam website jurnal tu ada tertera.

Langkah 1:
Masuk ke laman web ISI Web of Knowledge. (Jangan lupa login ikut vpn library memasing kalau access dari rumah).
Untuk warga UTM, boleh pergi ke laman web PSZ UTM ( http://portal.psz.utm.my/psz/index.php ),
Klik pada tab 'Online Database', kemudian klik 'Remote access via Ezproxy'.
Masukkan AcID atau barcode belakang matric card dgn password.
Dah dapat login, klik la Web of Science.

Langkah 2:
Klik pada Additional Resources.


Langkah 3:
Klik pada Journal Citation Report (JCR).


















Langkah 4:
Pilih JCR Science atau Social Sciences.
Dan klik pada 'Search for a specific journal'.
Kemudian klik pada butang 'submit'.


Langkah 5:
Pada bahagian 'search by',
boleh pilih nak cari guna:
- Full Journal Title: kalau tau tajuk penuh jurnal dengan ejaan yg tepat
- Abbreviated Journal Title: kalau tau nama singkatan jurnal tu. Contoh: J Fluid Mech untuk Journal of Fluid
  Mechanics
- Title Word: tau nama tapi tak pasti sangat eja ke apa. atau tak pasti full name.
- ISSN: kalau tau nombor ISSN jurnal yg diingini
Pastu taip la maklumatnya kat kotak sebelah kanan tu.
Dah siap, jangan lupa tekan 'Search'.
Kang sampai tahun depan tak keluar2 impact factor :P

















Langkah 6:
Tadaaa~
Dah keluar pun impact factor nye pun adoi.


Sekarang boleh siap dihidang.
Boleh dinikmati ketika panas ataupun sejuk :P
Selamat mencuba!

Eh sebelum terlupa.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia.
My Merdeka wish:
There will be a free access to Malaysian higher education.
Ada satu public uni yg totally free tuition fees jadi la.
Please Malaysiaaaaa~

Wednesday, August 22, 2012

Menang sejuta berpunca dari amalan membaca ketika sekolah

Assalamualaikum.
Selamat hari raya.
Maaf zahir dan batin.

Raya2 ni bosan pulak tengok cerita tv3.
Yela dah takde anak mami, nana tanjung sume tu kan *mata ke atas, tangan ke dada*
Jadi untuk membunuh masa, layan youtube la.

Layan baik punya Terry Fator punya videos.
This guy is a singing ventriloquist.
Nate gapo ventriloquist tu?
Bak kata Nora Danish, google guys :D
Orang dah tanya tu jawab je la kan.
Ventriloquist tu orang yang cakap pakai puppet ke patung ke apa.
Tapi pakcik Terry Fator ni menyanyi.
Macam2 suara dia boleh tiru.
Tony Bennett, Etta James, Rod Stewart, ramai lagi la dia impersonate.

The interesting part is, dia belajar ventriloquism ni secara tak sengaja.
Dia belajar dari buku yang ada kat perpustakaan sekolah dia.
And now he has this wonderful and amazing talent.
Dari amalan MEMBACA ye adik2.
And I was thinking, what if he didn't pick up the book or didn't read it?
Will he still be this amazing ventriloquist who won America's Got Talent?

Some people do selective reading.
I mean mereka hanya baca apa yang mereka biasa/minat sahaja.
And if Terry Fator buat macam tu, taknak baca benda yang lain, baru dan pelik macam buku pasal ventriloquism ni, entah2 pakcik ni sekarang buat apa je kat rumah.
Disebabkan dia baca tu, and of course he digs more, dan beramal dengan apa yang dia baca,
TADAAAAA he's now a famous ventriloquist and won the ONE MILLION dollar grand prize at AGT.
Ko mampu?
Sentap tak meknok?

Untuk meredakan kesentapan aku dan korang my dear readers,
jom layan video pakcik Terry Fator ni.


Thursday, August 9, 2012

CTPS apa tu?

Assalamualaikum dan selamat petang kawan2.
Wah kemain sopan lagi santun kan bulan puasa ni. Hehe.
ok macam biasa nak mukadimah kene mengarut out-of-topic dulu.
Alhamdulillah dah terima visa, affidavit and approval dari both dean (UTM and IIUM).
Flight tickets, accommodation semua dah settle.
Tinggal nak pack barang je ni.
Jadi masa2 terluang ni la cari duit raya dengan marking CTPS papers.

CTPS atau nama penuhnya Critical Thinking and Problem Solving ni bukan satu subjek universiti.
Cuma utm nak buat internal assessment terhadap pelajar tahun akhir.
Kemain masing2 menjawab ada yg cool, ada yg jawapan pemalas menyakitkan hati nak bagi kurang pahala puasa kita kan.
Saje je tau.
Berdasarkan 70 papers yg dah di tanda ni, apa yang boleh dikatakan ialah majoritinya suka jump on conclusion tak tentu pasal.
Orang tanya kaitan dairy product consumption dengan CHD (coronary heart disease) mortality rate,
dia pegi jawab negara beriklim sejuk lagi senang gemuk la.
Rakyat tak bersenam la.
Sesedap hati secukup rasa statement memasing.

Ada juga yang ditanya problem solving on inheritance, orang suruh kira tiba2 datang bagi ceramah 'kita patut bagikan harta ikut hukum Islam bla bla bla',
'adik beradik tak patut berebut harta'.
Confuse orang yang menanda tau.
Orang suruh KIRA. Bukan KOMEN.
Jiwa kacau tahap kronik la budak2 final year.
Ada pulak sorang tu orang suruh explain, tiba2 jawab 'terlalu susah nak jawab'.
Pemalas gila tau jawab macam tu.
Seolah2 bila bos ko kata "Ani, buat ni. Dah siap explain pada saya."
Ani pandang je figure terus jawab "Susah la bos. Apasal saya kene buat pulak".

Macam2 jenis jawapan dah jumpa, dah baca.
Obviously beza sangat2 jawapan orang yg ada attitude dengan yang pemalas and perangai tahpape.
Kalau ye pun tekun sangat belajar jangan sampai dah takde common sense.
Dah la salah jawab, tulis ayat kemain kurang ajar "10 lah!".
Amboi dengan lecturer ko jawab siap ada tanda seru.

Padan la Islam ajar konsep bersederhana.
Bersederhana (wasatiyyah) dalam setiap perkara yang kita buat.
Kalau menjawab persoalan tu, jangan nak lantang tak tentu pasal.
Kalau salah pun takde la orang nak berbulu dengan awak kan.
Berdakwah pun kene berhikmah.
Memang dakwah tu tuntutan, tapi kalau dah soalan maths tu suruh kira, kau kira je la adik oi.
Please know your boundaries.
Beragak sikit bai ! (this is the proper use of exclamation mark :P)

Akhir kata, pecah kaca pecah gelas, dah pecah jom beli baru waktu happy hour Juscoooooo~    :P
Wassalam :)


Monday, July 16, 2012

My Schengen Visa Application Check List


VISA APPLICATION

Document
Progress
Letter of Good Conduct
Fill in online form:
Commissioner of Oaths:
Submit:
Receive:
Visa Application Form (Capital letter)

Fill in:
Print:
Petition
Fill in:
Print:
Passport valid > 3 months after exit date

Photocopy of Passport

2 color pictures: 3.5cmx4.5cm
Copy to pen drive:
Print at shop:
Justification documents:
Justification letter, and
offer letter.
Request:
Collect at office:
Scan:
Print grayscale:
Proof of scholarship received
Request:
Approval:
Receive:
Scan:
Print grayscale:
Airplane reservation:
Booking reference,
Contact details of airlines and travel agent.
Survey:
Request Quotation:
Purchase:
Scan:
Print grayscale:
Travel Medical Insurance (Allianz)
(coverage more than 30,000 euro)
Survey:
Request quotation:
Purchase:
Scan:
Print grayscale:
Invitation letter from host
Request:
Print:
Host: Photocopy of
Passport:
___ Request  ___ Receive  ___ Print
ID card:
___ Request  ___ Receive  ___ Print
Bank statement:
___ Request  ___ Receive  ___ Print

Tuesday, July 10, 2012

Schengen Visa Application for Students


Assalamualaikum kawan2 :)
Nak tulis bahasa omputih la kali ni.
Orang kata practice makes perfect :P

Sorry guys I rarely update my blog lately 'cause I was pretty occupied with my research attachment matters.
While I was searching for information regarding Schengen visa for students from Malaysia,
I found it very difficult and the resources are very limited.
It took me quite a long time to deal with this.
So I'd decided to share my experience when dealing with Schengen visa application for student from Malaysia in particular.

Since we don't have the Embassy of Portugal in Malaysia,
firstly I would suggest you to contact the Honorary Consul of Portugal in Malaysia and express your interest to apply for a Student visa.
You may call the office at 03-2694 7335 or just drop an email to consportugal@gmail.com.

Then you will receive an email about what documents are needed in order to apply for a Schengen visa as a student. The documents you need to provide are:

1.                   Letter of Good Conduct
You may apply online at http://www.kln.gov.my/web/guest/online.
Prior filling in the online form, you may prepare a soft copy of your passport-size photograph to be uploaded in the system.
For more information, you may read the user guide here.

After you finish with the online form, you need to print them out in 2 copies and prepare some documents to proceed:
2 copies of passport-size photograph;
2 certified copies of your passport (front page; final page with your signature);
2 certified copies of your MyKad;
2 declaration letter of your good conduct signed by Commissioner of Oaths (you may come to 'Mahkamah Rendah Sivil' to settle this).

You may proceed by sending these documents together with Postal Order or Bank Draft worth RM 20 made payable to Akauntan Negara Malaysia and self-address envelope in size A4
by using any courier service to:
Consular Division,
Ministry of Foreign Affairs of Malaysia,
No. 1, Jalan Wisma Putra,
Precint 2,
Federal Government Administrative Centre,
62602 Putrajaya,
Malaysia.

But personally I would recommend you to send them by yourself at the office of consular division and you can get your Letter of Good Conduct on the same day within minutes.
                                     
2.       Visa Application Form + Petition
After you contact the Honorary Consul office, they will send you a list of documents needed and also a soft copy of visa application form in pdf format and petition in MS Word. You can type-in your details in the visa application form using any pdf editor (I used Nitro Reader). Don't forget to print them out after you finish filling in the forms.
You may also write me an email to me and ask for the soft copies of these documents ;)

3.       Passport
Make sure that your passport will still be valid 3 months beyond the completion of your study.
4.       Photocopy of your Passport
The pages you need to make a copy are:
front page (the one with your details);
any pages showing previous granted Schengen visa (if any).
No need to certify them.

5.       2 passport-size photographs
Your picture must be no more than 6 months old and the size should be 3.5cm x 4.5cm.

6.       Proof of scholarship received (for sponsored student)
You may request for financial affidavit or statement from your sponsor. Kindly inform them about your study plan and your visa application that need a financial proof of your scholarship. Keep contacting your scholarship officers and help them by providing the information needed for their paperwork (if any) to issue this document for you.

7.       Airplane reservation
I booked my air tickets with a travel agent (I can easily change my departure date by contacting them in case I get my visa late). You can also buy the tickets online. As far as I know, airlines with connected flights from Kuala Lumpur to Lisbon are just two: Emirates and  KLM.

8.       Medical insurance
It is compulsory for every non-European tourist or students to have a medical insurance that covers their travel abroad. You can survey any products or plans made for students going abroad. I bought a plan called Travel Guard: Student Assist from Chartis Insurance. You may bear in mind that for the insurance plan you're going to subscribe, the sum insured must be more than 30,000 Euros which is around RM 120,000.

9.       Letter from current university (for research attachment student)
For those who are students in local university and plan to go to Portugal for research attachment, you may ask from your faculty (undergraduate student) or School of Graduate Studies (postgraduate student) to issue a verification letter (with institution letterhead) to the Embassy of Portugal that telling you are currently and officially a student of the institution.

10.   Invitation letter from host institution (for research attachment student)
I believe for those who plan to do research attachment, you must already contact your future supervisor. You may ask him/her to issue an invitation letter (with institution letterhead) stating specifically the responsibility of the him/her in Schengen territory and his/her responsibility in making sure that you will obey by the terms and conditions of the delivered Schengen visa, as well for your return to Malaysia. I know professors are extremely busy people and asking them to write a letter could add in more burden on their shoulders. So, I would suggest you to draft an  invitation letter for your supervisor. Making things easier for your supervisor is a way to a healthy relationship between you and your supervisor.

11.   Identification document of the host (for research attachment student)
Politely, make a request to your supervisor to provide you with him/her photocopy of passport, Portuguese ID card and bank statement. You may have to tell them that these documents are needed for the purpose of visa application to avoid any misunderstood. I believe he/she will be more than happy to help you out.


 After all the documents are ready, you have to call the office of Honorary Consul of Portugal and make an appointment to submit your complete visa application. While submitting your application, you will need to pay some fees since the office need to cover expenses in order to forward your application to the Embassy of Portugal in Bangkok. From my personal experience, you might need to arrange a day to really work on the documents needed. I started my day with a visit to Putrajaya for Letter of Good Conduct, then to Wisma Chartis to buy insurance. After that I went to my sponsorship office to meet with my scholarship officer and discuss about financial affidavit. In the evening, I went to a travel agent office and booked my flight tickets and secure a copy of flight itinerary.

I would like to thank my friend till Jannah insha Allah, Siti Nor Atika Baharin for helping me out.
Thank you so much Atiq. I know just saying thank you is not enough. I also know that I won't be able to repay your helps and kindness. May happiness be with you here and the world after my friend :)

I am still waiting for my visa and hopefully everything will be alright.
Can't wait to learn new things in Coimbra !
May Allah ease my journey and gives the best for me and my Iman :)

Sunday, May 20, 2012

Terkejutz, Mengejutz, Dikejutz

Hujung minggu bosan2 kat rumah buat spot check beg sekolah Bubu.
Selak buku2 tulis, buku2 aktiviti dia satu persatu.
Wahhh buat keje tebuk2.
Depan buat, belakang buat, tengah2 kosong.
Sebagai bekas private tutor, sakit mata tengok keje sekolah tak siap ni.
Maka suruh dia siapkan yg lompong tu.

Sambil2 menjalankan tutorial, teruskan menyelak buku demi buku.
Sampai la satu buku ni.
Muka depan tak mengejutkan pun.

biasa je kan. nothing suspicious.

ok rasanya ini membuktikan buku ini ialah buku conteng.

Selak punye selak punye selak.
TERKEZUT hati mak nak tengok 'contengan' Bubu.


ko mampu darjah 2 dah lukis2 kitaran hidup rama2 dan katak ?

 bertambah MENGEJUTZ bila ada lagi lukisan kitaran hidup serangga apa pun den tak dapat nak teka pasal lukisan tak berapa nak membantu





Jangan main2 dengan budak2 zaman sekarang.
Mana ada main wawasan 2020, tic tac toe ke, hangman ke dalam buku conteng dia.
Yg ada lukisan berserta Jalur Gemilang, life cycle diagrams.
Dah la katanya nak tengok 'te-li-vi-zion'. Bahasa arab utk TV.

Aku dapat merasakan sistem pendidikan Malaysia ada penambahbaikan.
Syabas Kementrian Pendidikan Malaysia !
Oh tak dilupakan, SELAMAT belated HARI GURU ! Hehe.

Sunday, January 22, 2012

Budak degil,nakal kini mengambil PhD

Aku terpanggil untuk menulis tentang pelajar bermasalah.
Lately, aku banyak terjumpa orang2 yang dah lama tak jumpa.
Bila terjumpa ni of course la orang akan tanya typical question "buat apa sekarang?".
Bila aku cakap tengah buat PhD, ramai yang buat muka "bergurau budak ni".
Takpe. Aku tak kecik hati pun.
Yelah, siapa nak percaya budak degil, nakal nauzubillah ni suka belajar.

Aku tengok sekarang ni ramai yang sibuk mempertikaikan sistem pendidikan negara kita.
Bagi aku senang je. If we can't change it, learn to adapt and cope with it.
Doesn't mean we need to change what we believe in.

Aku ingat lagi masa darjah 5, waktu pendidikan seni cikgu ganti akan masuk sepanjang tahun.
Balik2 suruh siapkan kerja sekolah.
Tapi bagi aku, kelas adalah utk explore something new.
Bukan untuk siapkan kerja sekolah.
So, setiap waktu pendidikan seni aku akan ke bilik kemahiran hidup (KH).
Aku suka lepak bilik KH.
Cikgu KH aku tu pun sangat rajin orangnya.
Ada je projek baru.
Taman herba la, lanskap la. Macam-macam!
Dari dia la aku belajar potong kayu, syelek kayu, cat pagar.
Buat mini kipas pun ada!

Mini kipas ni cerita sadis sikit.
Dulu masa aku sekolah rendah selalu takde letrik.
Jadi kami kene datang sekolah bawak mini fan pakai bateri AA yg 2 ringgit tu.
Tapi yela kalau ko pasang hari2 dari pagi sampai tengah hari,
mesti la cepat rosak.
Mahal beb kalau sebulan sekali nak kene beli. Duit bateri lagi.
Jadi cikgu KH aku ajar la camne nak buat kipas pakai enjin kereta mainan mini 4wd.
Terbaik beb kipas aku laju tak hingat. Hehe.

Masuk sekolah menengah, aku masuk sekolah berasmara berasrama.
Orang kampung sekolah di bandar.
Memang jakun la tengok sekolah ada IT lab.
Ada komputer banyak, ada scanner (masa tu scanner mahal gila!), printer and yang paling best,
INTERNET!!! FOC pulak tu.
Library pun cool gila ada buku-buku lama dah tumbuh tompok macam kat Oxford library .
Aku rajin datang sekolah waktu pagi sebab nak lepak IT lab atau library.
Memang aku kerjakan scanner tu cukup2.
Scan tapak tangan la, scan lencana sekolah la.
Paling gila aku pernah buat kat scanner tu adalah scan muka. Ko mampu?
Aku belajar guna komputer dari yahoo search.
Masa tu nama google tak pernah dengar pun.

Kat sekolah ni juga la aku mula belajar self-study especially maths.
Aku suka belajar dari buku2 lama sambil memperasankan diri kene study japgi ada lecture bla bla.
Imagination ke main haa.
Kalau orang tanya aku personally, bagi aku maths bukan subjek yang sesuai diajar secara spoon feeding.
Aku akan cuba fikir dan selesaikan mana yang boleh.
Takda istilah aku belum belajar topic ni.
Benda ni memang dah wujud cuma aku je yg tak explore lagi.
Bila stuck, baru la selak buku and belajar related topics that might help in solving the problem we are dealing with.

Kejap tu ada jugak datang gila aku nak menjahit.
Aku bedal mesin jahit mahal kat sekolah tu cukup2 sampai rosak.
Aku selalu ponteng kelas sebab terlalu teruja nak explore computer, internet, library, mesin jahit and banyak benda lain yg COOL dalam sekolah.
Aku tau ponteng kelas tu salah tapi aku nak cakap bukan semua budak ponteng kelas tu tak minat belajar.
Lain orang. lain minatnya.
Ada orang minat bermain baling kasut dalam perhimpunan daripada berdiri tegak nyanyi lagu sekolah.
Bagi aku pergi sekolah nak experience something new n have fun with my friends.

Fast forward, sekarang budak degil, nakal suka ponteng kelas dah masuk uni n tengah sambung doctoral degree sebab dia memang suka explore.
Buat guru2 di luar sana, berilah budak2 degil, nakal ni peluang dan kepercayaan yang mereka juga boleh berjaya.
Dekati mereka dan pimpin mereka to the right path.

Pada geng2 gangster sekolah yg sebulu dan sejiwa ngan aku,
teruskan exploration anda di sekolah on your unique way.
Make it as interesting as you can.
Jangan ponteng sekolah haaa.
Work hard on what you believe the right thing for your future but at the same time bear in mind about present things.
Jangan totally hidup pada masa depan sampai abaikan waktu sekarang.
Kalau cikgu marah2, ko angguk je.
Jangan pulak ko kutuk dia tak reti mengajar.
Memang mintak kene gantung sekolah namanya.
Percayalah korang pun boleh berjaya.

Bukan salah sekolah atau sistem pendidikan,  tapi salah kita sendiri yang tak cukup kreatif menggunakan sekolah untuk mendidik kita.

Friday, January 20, 2012

Taman Ilmu dan Kebaikan

Salam tahun baru uols! (baru lagi ke?)
Dah nak habis Januari baru kau sibuk nak wish new year kan?
Diva habis kau wawi.
Apapun, moga tahun baru ni membuka lembaran baru buat kita untuk memperbaiki diri.

Alhamdulillah, 2012 started really well.
Akhirnya aku bakal membina kerjaya.
Dapat offer letter dari universiti bermoto taman ilmu dan kebaikan.
Kalau ikutkan tahap kemerapuan dan kekerapan petik jari ketika interview (2x interview di tempat dan waktu berbeza. ko hado?),
memang personaliti tak match langsung dengan moto2 positif lagi islamik.
Aku cuma menjadi insan jujur berperwatakan selamba kodok.
Sempat bagi statement berunsur lawak seram terhadap dekan masa menunggu lif dengan mengatakan ramai pekerja bujang di bakal tempat kerja untuk jadi calon suami.

Terima kasih sangat2 sudi ambil saya kerja.
Saya merasa sangat teruna teruja.
Tak sabar nak bubuh nama uni ni as my affiliation after this.
UTM cinta pertama, tapi yang ini cinta sejati. HAHA.

Sebeban borang nak accept offer haa sampai tak muat sampul.
Rasa nak delivery pizza from Domino's je, kotak dia boleh buat pos balik dokumen ni haa.
Sambil isi borang, sambil makan. Multi-tasking di situ.
Menjerit ketensenan la siapa yang nak kene check dokumen ni.
Dekat check list ada sampai no 19.
Kalau aku, terus sub-con project menyusun 19 dokumen mengikut urutan check list ni kepada Bubu.

Di samping menguruskan borang2, aku kini giat mengusha line.
Siapa2 ada kenalan tak kisah la abang2/kakak2/adik2/kawan2 study or menetap di Washington D.C. tolongla bbm/whatsapp/fb/sms/skype/ym aku .
Ada hal penting banget ni.

Sekian saja update dari Sr. Wawi :P
Takleh nak update pasal research sebab results tak cantik2 nak kene grooming MATLAB lagi.
Moga 2012 kita diredhai Allah ^__^