Friday, January 14, 2011

Bagaimana saya dilatih sewaktu kecil: pelat R

Ingat lagi masa kecik dulu, saya pelat R.
Setiap kali sebut R akan berbunyik 'agh'.
Kalau mengaji pula, huruf 'ro' jadi 'gho'.
Abah train saya hari2 sebut R dengan betul dari kecik.
HARI-HARI.

Bertahun la jugak kan belajar sebut R dengan betul.
Pernah satu hari saya cakap kat abah macam takkan berjaya je nak dapat sebut R dengan betul macam orang lain.
Abah marah.
Katanya, kamu mesti berlatih. Mesti boleh.
Kalau tak, kamu mengaji nanti makhraj tak tepat.

Okay fine.
Layan jela abah kan dok sebut lah R sejam setiap hari.

Satu hari tu practise macam biasa.
Sebutla agh, agh, agh, agh, agh , R.

Gulp!
Macam saya tersebut R yang betul je tadi.
Sebut lagi lah kan.

R.
R.
R.

Akhirnya dapat juga sebut R !
Cuba 'ro' pulak lah.
RO. RO. RO.

Saya nampak abah senyum je.
Terus dia sambung tengok tv membiarkan saya yang jakun sebut R dan RO.

Kalau tak dipaksa, agaknya sampai sekarang lah pelat R.

Wednesday, January 12, 2011

Peluang untuk berkongsi papa dengan saya

Buat sesiapa yang teringin jadi adik beradik tiri saya,
jom la kita berkongsi papa yang sama iaitu papa MARA.
Papa kata anda2 sume boleh mencuba nasib sampai 31 januari ni.
Cuba tau kawan2.
Nanti boleh kita pegi cucuk elaun kat cimb secara berjemaah setiap hujung bulan :)

Sila cuba nasib di sini

Tuesday, January 4, 2011

Interbiu bersama pelajar tahun 1 2011

Mari kita ikuti intebiu bersama pelajar tahun 1 2011 di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Tiram iaitu bubu.

tut tut tut tut
klik (bunyi telefon diangkat)

wawi: helo

bubu: helo syape ni?

wawi: ni kakak wawi la. kakak sendiri pon tak kenal ke?

bubu: oh kakak wawi. kakak wawi kat mana tu?

wawi: kakak wawi kat sekolah. amacam sekolah bubu, best tak?

bubu: best !

wawi: masuk kelas apa ?

bubu: 1 dioperasi

wawi: hah? apa nama kelas kau ?

bubu: 1 DI-OPERASI lah !

cikgu gayah: 1 dedikasi. adik kau masuk kelas corot.

bubu: eh mama ni boleh tak ? bubu pandai baca tau.

cikgu gayah: kalau pandai baca, takkan lah masuk kelas corot.

bubu: sibuk lah mama ni !

wawi: pegi sekolah siapa hantar ?

bubu: bubu naik bas cik ros je.

wawi: ada kawan tak kat kelas ?

bubu: ada !

wawi: siapa nama kawan kau tu ?

bubu: entah

wawi: alaaa. cakap jela takde orang kan nak kawan dengan kau ~

bubu: oklah bubu nak pegi minum air. bai.



Kuiz Minggu Ini:
Adakah bubu ingin meminum air kerana terasa pedas dengan statement takde orang nak kawan dia?