Friday, July 30, 2010

ma kasih ama Pak Muhaimin

Selesailah sudah upacara reproduce paper
'Lie group analysis' karya Dr Kanda.
Oh semalam saya tak sangka dapat jumpa pakcik yang baik sangat.
Namanya Pak Muhaimin.

Biodata:


Muhaimin bin Ismoen
Pensyarah (Kontrak-Indonesia)
Drs.Ed. (UNS,Indo), PRA S2, M.Sc (UGM)
Algebra, Analysis, Mathematics, Statistics
Mathematics in Fluid

Apa yg bisa saya katakan adalah beliau seorang yg pakar dalam bidang fluida.
Sedang2 saya lagi dengarin Pak Kandasamy ama Is bincang research mereka,
saya udah mulai tersenggok2 menahan tidur karena enggak ngerti apa yg mereka bicarakan.
Nah, tanpa dipinta Pak Muhaimin hadir ke kamar percambahan
lalu menanyakan mau enggak kalau kita bicara konsep fluida.
Emangnya saya enggak punya basic apapun tentang fluida
terus Pak Muhaimin menerangkannya satu persatu.

Mulai saat itu, saya merasa tertarik kepada perkara2 fluida yg dibincangkan
oleh Pak Muhaimin itu.
Pak Muhaimin juga bisa menerima saya seadanya walaupun seharusnya pada peringkat sekarang, saya perlu mengetahui segala ilmu asas fluida.
Perkara fluida itu diterangkan dengan contoh yg paling asas supaya saya bisa mengerti dengan mudah.

Ma kasih ya Pak Muhaimin.
Saya mengenali bapak sebagai dosen pertama yg bicara fluida dengan baik.
Kapan bapak mau ke mari lagi?


*Mentang-mentang semalam sehari suntuk dengan Pak Muhaimin,
hari ni terus transform berbahasa Indonesia. Gitew~

Monday, July 19, 2010

Terima kasih papa MARA!

*ringtone amy winehouse berkumandang*

anak ke2: helo. assalamualaikum. nape bah?

abah: wa'alaikumussalam. wawi, abah nak cakap sikit ni.

anak ke2: *bermonolog dalam hati (ada orang masuk minang aku lagi ke?)
ada apa ye bah?

abah: ada surat kamu ni sampai kat rumah.

anak ke2: (surat apa? surat tabung haji ke nama aku dah naik?
offer letter ke? atau surat jemputan kahwin ?)
surat apa bah?

abah: cek MARA. 300 hingget. kamu nak ambil bila?

anak ke2: minggu depan la wawi balik bah. minggu ni nak siapkan proposal dulu.

abah: ikut kamu la. duit kamu.

anak ke2: ok bah. orang ada keje sikit ni. nanti minggu depan tau wi balik.
bye. assalamualaikum.

abah: wa'alaikumussalam. nak balik tu telefon dulu kalau2 abah boleh amek kamu.

anak ke2: ok bah. bye.


acknowledgement:
terima kasih papa MARA sebab dah hantar nafkah kat saya :)
terima kasih sebab bagi elaun tesis saya sebanyak itu.
terima kasih jugak pada abah saya En. Mohammad sebab
roger2 saya memang tengah kering ni.
terima kasih Ya Allah bagi saya rezeki :)

sila abaikan dialog abah ambil saya pulang ke rumah
sebab abah ambil saya kat stesen bus ulu tiram je :(
tak mungkin abah nak fetch saya dari kampus
kerana masa kat skolah dulu pon saya balik sendiri naik bus.

Thursday, July 15, 2010

Penyakit 'misteri' menyerang keluarga Encik Mohammad

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bertemu lagi kita pada minggu ini.
Kepulangan saya ke kampung oren pada minggu yg lalu
membawa erti dalam merungkai persoalan
iaitu permasalahan gatal2 badan keluarga
encik mohammad bin mustam.
Tanpa membuang masa lagi, kita teruskan
dengan kisah misteri ini.

Al kisah En. Mohammad sekeluarga
diserang penyakit gatal2 badan yg dikatakan
M.I.S.T.E.R.I. kerana tak tahu apa puncanya.
Keadaan terlalu buruk ketika saya
di rumah kerana melihat seorang ayah
bertekak dengan anaknya yg merupakan
seorang jururawat gara2 berebutkan ubat gatal
berbentuk krim.
Tidak cukup dengan itu, jururawat tersebut
terpaksa merompak 2 botol krim gatal2 dari
hospital tempat beliau membina kariernye itu
untuk mengelakkan perbalahan dengan
ayahnya di rumah.

Sementara saya menghabiskan kedukaan
berhenti kerja dengan berlegar di rumah,
saya menyental2 pinggan mangkuk
periuk belanga dan mendapati span yg digunakan
oleh Pn Rogayah untuk membersihkan periuk
kesayangannya amat unik dan fabulous.
Tidak seperti span2 pembersih yg lain.
Strukturnya yg menghasilkan banyak buih
dan saiznya yg besar membuatkan saya merasa
ragu akan span pembersih pinggan itu.
Saya biarkan saja span itu di dalam
besen air sabun yg disediakannya utk
kemudahan penghuni rumah yg lain
bagi mencuci pinggan makan masing2.

Tidak semena-mena,
ketika saya sedang enak menikmati air kelapa
original tarak tipu punya sebiji hanya RM2.00,
saya diterjah dengan soalan dari jururawat yg
baru sahaja pulang dari syif pagi,
"Siapa yg cuci pinggan pakai span mandi tu?"
Saya terpinga-pinga kerana terlalu asyik
menikmati air kelapa itu dan tidak dapat
menangkap persoalan kakak saya.
"Span mandi apanya?
Mak kau suruh aku sental pinggan mangkuk
suma pakai span dia bagi.
Mana ada pakai span mandi."
Si jururawat tidak berpuas hati lalu
mengeluarkan statement seperti berikut
"Ko takkan la tak tau tu kan span Guardian."

Sesunnguhnya kejadian ini tak ku pinta.
Terbongkarlah misteri penyakit gatal2 badan
si jururawat dan ayahnya.
Di balik tudung saji, saya dapat melihat
Puan Rogayah tersengih kambing dan
berlalu pergi menonton TV di ruang tamu
meninggalkan saya dan jururawat yg
membebel tentang mengapa span mandi
tidak boleh dijadikan span pinggan (multipurpose)
secara saintifik dan kesihatannya.
Maka terungkailah persoalan penyakit
gatal2 itu adalah kerana buatan orang
iaitu perbuatan Puan Rogayah yg
menggunakan span mandi utk menyental
periuk kesayangan yg cantik berseri itu.

Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.
Sekian sahaja untuk kali ini.
Perlu merungkai misteri perut sendiri sekarang.