Thursday, October 28, 2010

Mama abah, wawi sayang kamu.

Semalam disebabkan pelajar tak datang kelas,
saya terpaksa melencong ke cinema yang terletak jauhnya 30 langkah kaki dari pusat tuisyen.
Untuk merasakan diri tak membazir duit minyak,
maka menujulah saya ke MBO dan memilih untuk menonton cerita The Perfect Wedding.


Oh cerita ini memang realistik isu2 yang ditimbulkan seperti:
  • Mak yang tak bagi kita bercinta masa muda.
  • Wanita bekerjaya yang takde perasaan kerah orang bawahan kerja keras2an.
  • Percintaan antara lelaki muda baru nak bina kerjaya dengan wanita yg cemerlang, gemilang, terbilang dalam kariernya.
Sentap seketika bila ada dialog dari si ibu yang mengatakan
"Saya tak bagi dia bercinta kerana saya takut hatinya disakiti.".
Sekarang saya faham kenapa mama dan abah saya tak bagi saya bercinta masa sekolah dulu.
Mereka takut saya dianiaya dan yes at that time memang saya terpedaya cinta monyet lelaki yg sebenarnya sudah ada teman wanita dan mempunyai status "In a Relationship with" teman wanita dia dari zaman sekolah itu dulu di facebook profilenya pada zaman sekarang.
Ya, dia menambah saya dalam facebook pada masa kini dan saya tak faham apa motif dia.
Tengok muka dia (monyet lelaki) pon rasa nak tumbuk kot.
Memang betul sampai sekarang sakit lagi.
But don't worry, I've learned my lesson :)

Pasal wanita berkerjaya tu kan~
Kesian sebenarnya.
Orang tak tahu pon kenapa dia jadi hati batu macam tu.
Kalau pengantin lelaki tak datang2 masa majlis perkahwinan anda,
adakah anda pasti emosi anda boleh kembali pulih seperti biasa?
Anda pasti lepas tu anda tak akan rasa asyik nak menengking orang je?
Pasti??
Mungkin dia jadi andartu sebab jodoh dia muda lagi.
It's about timing bebeh.
Ingat senang ke nak deal dengan perasaan orang yg anda cintai dan propose anda untuk berkahwin tup tup tukang cadang tu yang tak datang.
Macam gampang jek kan~

Kepada abah dan mama,
saya tahu saya memang seorang anak yang degil dan garang.
(Abah pernah kata jangan garang sangat nanti takde orang nak kawen T.T)
Tapi jauh dalam sudut hati saya,
saya sentiasa ingin bahagiakan mama dan abah.
Cuma buat masa sekarang kekangan waktu dan komitmen saya tertumpu lebih kepada research.
Walaupun mama dan abah hantar saya untuk tinggal berasingan dari keluarga di asrama sejak saya berusia 13 tahun, dan sekarang dah 8 consecutive years saya menetap sebegini, dalam hati saya tetap sayang mama dan abah kerana saya tahu inilah yang terbaik untuk saya.
Terima kasih kerana selalu mengekang saya dari segala perkara2 negatif.
I love mama and abah.
You guys ROCK!!







Tuesday, October 19, 2010

Tips menghadapi peperiksaan dari Dr Wawi

Baiklah adik-adik,
hari ini saya akan berkongsi dengan adik-adik
bagaimanakah untuk mengharungi study week.
Saya tahu adik-adik pasti mahukan yang terbaik untuk masa hadapan.

1. Persekitaran Belajar yang Kemas

Kita mulakan dengan mengemas bilik.
Kalau bilik kemas, barulah tak serabut kepala otak.
Kan kan kan?

Kumpulkan kesemua patung ultraman anda
dan susun cantik2 seperti di atas.
Adalah penting untuk meletakkan ultraman
secara banyak atas meja belajar anda kerana
ultraman mempunyai 'power'
dan anda memerlukan power yg banyan ketika belajar.
Penggunaan lampu belajar ultraman pink juga digalakkan kerana ultraman pink yg comel itu mampu membuatkan perasaan anda membuak2 untuk menggunakannya atas tujuan stay up.

2. Sediakan semua alat tulis dengan lengkap

Seterusnya, sebelum mulakan sesi mengulangkaji,
pastikan anda sudah menyediakan sebarang alat tulis yang diperlukan di atas meja.
Pen mestilah semuanya berdakwat,
highlighter tak kering,
pembaris tak patah,
liquid paper tak beku,
kalkulator belum habis bateri.

Bagi yang malas mengasahkan pensel,
sila dapatkan pengorek landak ini di kedai 2 ringgit berhampiran anda bagi menyemarakkan semangat mengorek pensel2 kayu anda itu.

3. Persekitaran berbau harum

Terdapat artikel yang mengatakan deria bau dapat merangsang pembelajaran.
Makanya gunakanlah set aromaterapi anda demi penyerapan ilmu yang lebih efektif lagi mantop!

4. Jaga pemakanan dan kesihatan

Faktor kesihatan juga penting bagi menghadapi peperiksaan dengan jayanya.
Jika kita kurang sihat, maka kuranglah performance kita nanti.
Adik-adik mesti taknak fail exam kan?

Pengambilan makanan supplement dapat membantu dalam menjaga kesihatan kita.
Ambillah 3 hingga 4 bijik Champs C yg disahkan halal oleh JAKIM.
Minumlah juga air masak berbotol-botol
(tidak diwajibkan dari botol doraemon di atas, botol lain pun takpe)


Diharapkan tips yang dikongsikan sebentar tadi dapat membantu adik-adik sedikit sebanyak dalam menempuh peperiksaan.
Semoga berjaya!

Saturday, October 9, 2010

Kelas Bimbingan Kanak-Kanak: Modul WAWI

Tajuk entri macam iklan taska ke taski ke tabika kemas kan.
Pagi tadi masa nak balik ke kampus,
mama sedang meng'home-school'kan bubu.
Tengah-tengah mengemas barang tu,
dengarlah mama membebel macam2 kat si buncet tuh.
i.e. "kan tadi mama dah ajar", "kalau macam ni, nanti macam mane nak masuk sekolah rendah",
"main aja yg kau tau".

sebagai kakak yang prihatin,
saya pon menjeguk2 apakah yg diajarkan pada bubu.

Mama ajar nombor dalam bahasa melayu dan english.

Nama ahli keluarga. Teknik kekeluargaan digunakan cikgu gayah.

namun begitu,
cikgu gayah risau akan prestasi anak bongsunya
yang masih tidak mampu membina ayat
dan kurangnya minat beliau untuk belajar.
Tapi takpe.
Ehem ehem...
dr wawi ada di sini.

Mari gunakan modul WAWI supaya kanak2 lebih berminat untuk belajar.
Terus bubu pandai membina ayat :)
Dijamin berkesan!

Berdekah2 cikgu gayah baca apa dr wawi ajar pada bubu lembu.
Kini anak bongsunya sudah mampu membina ayat ;)

Sunday, October 3, 2010

Ijazah pertama dalam hidup saya

Alhamdulillah syukur akhirnya dapat jugak menamatkan pengajian
dan mendapat sekeping kertas Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik)
dengan kepujian kelas pertama.
Terima kasih buat Tuhan yang Maha Pemurah.
Terima kasih buat Encik Mohammad dan Puan Rogayah sekeluarga.
Terima kasih buat rakan-rakan terutamanya 9sibs yg sentiasa bagi dorongan sejak zaman2 sekolah lagi.
Terima kasih buat semua yang terlibat. Terima kasih buat warga Kg Oren dan UTM.
Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih!
Hadiah ini untuk kita semua~
and special thanks to Hamizah Hamka, Zaza, Anem Tembel and Ika for the convocation presents :)

Mari saksikan sekitar konvokesyen saya:

Inilah rumah kedua saya, UTM.

Sila buat wallpaper desktop anda. Sesuai utk wide screen.

Suka sangat di pinggir kolam.

Walaupun panas tetap anggun dengan PhotoReady dari Revlon.

Akhirnya dapat juga ambil gambar dengan dekan :)

Wonder girls celup UTM mari~

Pura-pura mengejar.

Inilah dia supervisor PhD saya :)

Dari kiri: supervisor PSM, anak emas :P , pensyarah olympiad.

Nak kata aku jakun berkonvo? Apa aku kesah :P