Thursday, March 3, 2011

Dilema Pemilihan Kursus Pengajian di Universiti

Tahniah diucapkan buat semua lepasan STPM 2010.
Yang SPM tu sabar2 la ye.
Esok lusa keluar la result korang tu.

Saya tau masa2 ni la kan korang kusut nak pilih kursus.
Ada yang minat nak ni, result tak melayakkan pula.
Ada yang nak amek kursus lain, tapi parents suruh ambil kursus lain.
Jangan risau adik2, saya pun pernah melalui *perkara ni.

*perkara ni merujuk kepada
"Ada yang nak amek kursus lain, tapi parents suruh ambil kursus lain."

Kalau anda tau dan yakin dengan potensi kamu dalam bidang yang kamu berminat untuk sambung pengajian, just chase after you dream!
Ya mungkin anda mengatakan saya batu api, fire stone, dan sewaktu dengannya.
Memang betul orang kata, pilihan ibu bapa tu yg terbaik. barakah lagi kan.
tapi tapi tapi,
kalau boleh dapat buat apa yg anda suka dan ibu bapa bagi restu bukan ke lagi BEST ?
ibu bapa bahagia, kamu pun bahagia.

Okay benda ni memang sukar tapi kalau nak buat, buat betul2.
Jangan separuh jalan.
No turning back ok.
(Ok bunyi macam tok bomoh warning sebelum pakaikan susuk pula =.=' )
Takde macam poem "The Road Not Taken" ke apa.

Bincang dengan mak ayah hari2 tentang keinginan kamu itu.
Hari-hari tau.
BINCANG ye bukan ajak bertelagah tinggi2 suara.
Itu ciri2 anak derhaka.
Ingat, hari-hari sampai kamu dpt hajat kamu.
But before that of course you have to do some homeworks nak berhujah kan.
Kenapa kamu suka kursus tu.
Kenapa kamu nak pilih kursus tu.
Apa skop kursus tu.
Apa plan kamu kalau kamu diberi peluang melalui path itu.
Lagi bagus kalau kamu buat buku skrap pasal bidang tu.
Itu yg saya buat dulu.
Ye nampakkan kesungguhan kamu pada family dengan bidang yg kamu pilih itu.
Mungkin akan ada ahli kerluarga yg gelakkan buku skrap kamu,
it's okay.
ingat fokus kamu adalah nak dapatkan apa yg kamu mahu dgn cara baik.

Jangan lupa pula berdoa pada Allah moga diberikan pilihan yg terbaik.
Doakan moga dilembutkan hati ibu ayah dan siapa saja yg halang niat murni kamu nak belajar bidang tu.
Doa ni senjata org muslim.
Kalau usaha dan tawakkal insya Allah you'll find your way ~

Jangan putus asa atau rasa malas.
Kalau kamu betul2 bersungguh, mesti ibu bapa kamu lembut hati juga akhirnya.
Nak mulakan memang susah.
Bak kata wawi,
kalau nak, buat.
tak nak, sudah.
Tak perlu nak salahkan parents nanti bila anda tak boleh bawa kursus pilihan parents tu.
Sebab sendiri pun dulu takde usaha nak chase after your dream kan?

Anddd,
bila dah dapat restu nanti.
Jangan la pulak ada rasa malas ke watsoeva.
Buktikan kebolehan kamu.
Buat mak ayah rasa bangga dan faham kenapa kamu nak sangat benda ni dari dulu.
Kadang2 orang nampak potensi kita lain,
tapi kita lebih nampak dan faham kebolehan kita kat mana.
Sejauh mana kita mampu pergi.
Sebab kita yg jumpa benda tu hari2.
Mengenali potensi diri tu penting ye adik2.
Jangan ikut2 orang je ;)

3 comments:

  1. WAHHH....caya la kak wawi,
    adik ina terpegun dgn hujahan ini...
    ~nice~

    ReplyDelete
  2. err...saya confuse lagi nih..nak amek kimia ke math..please help me cikgu wawi;p

    ReplyDelete
  3. jang:
    dah amek master pun confuse lagi ke? =.='

    k ina:
    tetibe jadi adek kannn :P

    ReplyDelete