Wednesday, May 26, 2010

kegilaan terhadap inbox

dengan ketidakhadiran encik kompiden,
saye telah menghantar emel kepada seseorang utk mencari kebenaran serta kepastian.
mulanya berbalas, maka diteruskan aktiviti mencari kebenaran dan kepastian itu.
tapi kini tidak lagi :(
saye tidak tahu mengape dia masih tidak membalas.
setiap detik saye memandang inbox hotmail saye.
dengan penuh debaran setiap kali meng-sign in.
bile dah sign in tu respon mengecewakan,
saye refresh pulak banyak2 kali.
purata 5min sekali.
iye. saye memang kemarokkan balasan emel itu
seperti punggok rindukan bulan!

kepada yg berkenaan,
saye tahu anda tak akan pernah paham post ini sebab
anda bukan orang malaysia.
tapi saye harap anda tersedak2 di sana teringatkan emel saye yg awak tak balas lagi.
lalu sepantas kilat meluru ke perkakas elektronik yg berdekatan
untuk me-reply emel berpangkat hidup dan mati itu
dengan jawapan positif seperti yg saye inginkan.

saye dah tak sanggup menghidap penyakit refresh mailbox ini :(
harap encik PL dapat mengambil tindakan segera.

sekian,
pecah kaca pecah gelas, sudah bace harap balas.

yang benar,
nurul dari kg oren, malaysia.

No comments:

Post a Comment