Thursday, July 15, 2010

Penyakit 'misteri' menyerang keluarga Encik Mohammad

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bertemu lagi kita pada minggu ini.
Kepulangan saya ke kampung oren pada minggu yg lalu
membawa erti dalam merungkai persoalan
iaitu permasalahan gatal2 badan keluarga
encik mohammad bin mustam.
Tanpa membuang masa lagi, kita teruskan
dengan kisah misteri ini.

Al kisah En. Mohammad sekeluarga
diserang penyakit gatal2 badan yg dikatakan
M.I.S.T.E.R.I. kerana tak tahu apa puncanya.
Keadaan terlalu buruk ketika saya
di rumah kerana melihat seorang ayah
bertekak dengan anaknya yg merupakan
seorang jururawat gara2 berebutkan ubat gatal
berbentuk krim.
Tidak cukup dengan itu, jururawat tersebut
terpaksa merompak 2 botol krim gatal2 dari
hospital tempat beliau membina kariernye itu
untuk mengelakkan perbalahan dengan
ayahnya di rumah.

Sementara saya menghabiskan kedukaan
berhenti kerja dengan berlegar di rumah,
saya menyental2 pinggan mangkuk
periuk belanga dan mendapati span yg digunakan
oleh Pn Rogayah untuk membersihkan periuk
kesayangannya amat unik dan fabulous.
Tidak seperti span2 pembersih yg lain.
Strukturnya yg menghasilkan banyak buih
dan saiznya yg besar membuatkan saya merasa
ragu akan span pembersih pinggan itu.
Saya biarkan saja span itu di dalam
besen air sabun yg disediakannya utk
kemudahan penghuni rumah yg lain
bagi mencuci pinggan makan masing2.

Tidak semena-mena,
ketika saya sedang enak menikmati air kelapa
original tarak tipu punya sebiji hanya RM2.00,
saya diterjah dengan soalan dari jururawat yg
baru sahaja pulang dari syif pagi,
"Siapa yg cuci pinggan pakai span mandi tu?"
Saya terpinga-pinga kerana terlalu asyik
menikmati air kelapa itu dan tidak dapat
menangkap persoalan kakak saya.
"Span mandi apanya?
Mak kau suruh aku sental pinggan mangkuk
suma pakai span dia bagi.
Mana ada pakai span mandi."
Si jururawat tidak berpuas hati lalu
mengeluarkan statement seperti berikut
"Ko takkan la tak tau tu kan span Guardian."

Sesunnguhnya kejadian ini tak ku pinta.
Terbongkarlah misteri penyakit gatal2 badan
si jururawat dan ayahnya.
Di balik tudung saji, saya dapat melihat
Puan Rogayah tersengih kambing dan
berlalu pergi menonton TV di ruang tamu
meninggalkan saya dan jururawat yg
membebel tentang mengapa span mandi
tidak boleh dijadikan span pinggan (multipurpose)
secara saintifik dan kesihatannya.
Maka terungkailah persoalan penyakit
gatal2 itu adalah kerana buatan orang
iaitu perbuatan Puan Rogayah yg
menggunakan span mandi utk menyental
periuk kesayangan yg cantik berseri itu.

Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.
Sekian sahaja untuk kali ini.
Perlu merungkai misteri perut sendiri sekarang.

8 comments:

  1. hahahah!! hilarious family! bahagia2.. :D

    ReplyDelete
  2. k nadira: buatan org mmg merbahaya.

    NR: tensi pon ada jugak kadang2~

    ReplyDelete
  3. hahaha...sumpah kelakar...ceriakan family..=)

    ReplyDelete
  4. anis: aq tak larat nak layan mak aq wey~
    dah buat hal teros blah taknak ngaku...

    ReplyDelete
  5. s.e.n.g.e.t!!! m.i.s.t.e.r.i sgt! hahaha... 8)

    ReplyDelete
  6. hehe lawak!! bengong btol laa...

    ReplyDelete